Thursday, November 25, 2021
Balik kampung
Sunday, April 25, 2021
Ramadhan 2021
Thursday, March 25, 2021
Anugerah terindah
Ujian tanda Allah sayang
Dulu masa aku beranak rapat2 ramai jugak kata2 dibelakang yang aku dengar.. "asyik beranak je dia" huhu.. sakit ?? aah sangat sakit rasa tu.. rasa sedih sangat sebab kenapa kena pertikai apa yang Allah dah berikan.. paling aku stress masa mengandungkan anak ke3.. masa tu emosi aku sangat2 tak stabil.
Kemudian aku buat keputusan.. aku mesti khatam kan 1 al-quran masa pregnantkan anak ke3.. tu je cara aku nak tenangkan diri aku dengan kata2 manusia yang berkata2.. paling aku sedih bila orang cakap dekat aku... kita kena fikirkan kualiti dari kuantiti...
Aduh dalamnya kata2 dia..ada lagi tu kata... nanti anak2 da sekolah baru rasa peritnya anak rapat2.. down ??? memag aku down sangat2 la.. jadi cara aku kawal stress aku.. aku baca al-quran hari2.. tanpa miss aku buat.. alhamdulillah Allah bagi ketanangan yang sangat ajaib
Kesannya aku anak aku yang ke3 tu.. aku suruhlah dia buat apa.. senang je dia datang.. alhamdulillah.. begitu la kehidupan... bila kita rasa kecewa dengan sikap manusia.. kita berbalik kepada Allah.. sebab Allah tak pernah tinggalkan hamba2nya dalam keadaan apa pun.
Rezeki Allah bagi.. masa anak ke3 umur dia 4 bulan ayah dia dapat kerja lagi better dari sebelumnya.. benefit yang baik untuk staff2nya.. tu la kan kita kena yakin setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. kadang2 mama ayah rasa.. mama ayah tumpang rezeki anak2 je..
Lepas je dapat anak ke3 aku terus cakap dengan husband.. aku nak planning guna kaedah moden.. alhamdulillah berjaya.. sekarang anak ke3 dah masuk 5 tahun. Dan sekarang orang tanya bila nak num 4.. aku mampu tersenyum dan jawab.. insyaAllah...
Kebaikan yang aku dapat rasakan.. aku suka tengok anak2 sebab dorang membesar sama2.. tu la kawan gaduh.. kawan main.. kalau pergi mana2 bawak salah seorang pasti akan teringat adik beradik yang lain..akan beli jugak untuk yang lain.. alhamdulillah...
Kadang2 kalau kita lihat kawan2 yang ada anak rapat2 jaga la kata2 kita.. xperlu mention apa2... sebab rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentukkan.. lebih baik kita doakan yang baik2 sahaja.. mood orang pregnant ni lain.. emosi sangat2 mudah tercalar.. hati2 okey =)
Tuesday, March 23, 2021
Sakit pinggang tak boleh berjalan
Sunday, March 14, 2021
Kitchen label stickers
Sos2 pun aku beli bekas2 macam ni.. nak samakan semuanya.. lepas siap semuanya tu tunjuk dekat husband.. bagitau lepas ni senang la ayah nak cari barang.. baca label je. Cuma sos je label kena custom design... yang sos2 punya tak sampai lagi..
-
-
-
-
Label sticker beli dekat shopee = RM14 - 72 pcs ( sekali postage ) type je Kitchen label stickers
Balang plastik beli dekat shopee = RM1.35 - 1 pcs
Rak putih beli dekat DIY = RM79
Bekas sos beli dekat DIY = RM2.5 ( saiz sedang.. ada 3 saiz )
Tupperware harga berbaloi2 beli dekat my aunty klik LINK ni
Saturday, March 13, 2021
TOSHIBA mesin basuh automatic
Tapi tetap bersyukur jugak sebab ada jugak mesin basuh.. sebab pernah jugak basuh baju pakai tangan.. so bila husband belikan mesin basuh manual bersyukur. Dalam diam tak diam tu mampu bertahan pakai mesin tu dalam 6 tahun lebih jugak la. mesin basuh ni sangat2 berjasa dalam hidup aku.. banyak dia mudahkan urusan aku.. terima kasih sudi berkhidmat untuk aku..
Monday, March 8, 2021
tahun 2021
Hari ke2 aku setting balik... sebab anak sulung aku hana tak suka datang lambat, sebab nanti kawan2 da gerak masuk kelas dorang akan masam je muka. nanti bila balik kang macam2 la dia tanya.. kenapa hantar dia lambat.. kawan2 da tak de mama.. huhu. jadi untuk bagi dia gembira kena la hantar awal..
Disebabkan tahun ni hari pertama sekolah masa PKP, jadi anak ke2 yang tahun 1 tu aku dan suami dapat hantar haziq dekat pintu pagar sekolah je. Cikgu2 dah maklumkan awal2 dah memang kena patuh SOP. alhamdulillah haziq tenang je masuk sekolah. Mama pulak masa tu yang nangis.. hahaha
Ye la dia tadika masa umur 5 tahun je.. lepas tu masa haziq 6 tahun sempat tadika 3 bulan je.. lepas tu mama berhentikan dia tadika sebab covid masa tu teruk jugakkan. 2 minggu sebelum bukak sekolah aku da pesan macam2 da dekat haziq.. bagitau sekolah tu seronok.. sekolah tu ramai kawan2.
Sekarang haziq seronok dah pergi sekolah.. dia kata kawan2 ramai.. cikgu baik2.. belajar seronok. Lega betol hati bila dengar haziq cakap macam tu. Terima kasih sangat2 dekat cikgu tolong jaga anak2 kami dengan baik.. Tahun ni murid2 tahun 1 memang agak mencabar sikit.. cikgu memang terbaik .