Monday, April 8, 2013

Afnan tomyam section 20... =)



alhamdulillah... syukur.. diberi kesempatan untuk menggantikan puasa hari ni...  bukan senang nak ganti puasa masa mengandung ni. nak2 bila dah 8 bulan. tapi nak xnak... kena jugak gagahkan diri. xboleh nak bagi alasan sangat. dah dapat kelonggaran masa bulan puasa ramadhan lepas.. jadi harus lah ganti bila2. alhamdulillah... tinggal lagi 2 hari sahaja lagi. kebetulan hari ni off day. maka dah nekad dah.. bagun sahur ke x ke.. aku tetap akan puasa... dan xlama dah.. lebih kurang 7 minggu je lagi nak beranak. jadi nya... kena lah cepat2 cari masa untuk menggantikan nya. jangan dilambatkan2.

pukul 5.30 pagi terjaga... owh.. masa nak bangun tu.. malas sangat2. entah kenapa.. macam2 perasaan ada... eh xpayah bangun lah lagi.. kejap2 lagi boleh bangun. lepas tu... rasa macam... eh2 xpayah lah sahur.. tidur je lagi bagus... buat apa nak sahur. owh hebat nya hasutan syaiton itu. memang malas ya amat nak bangun. last2 yeaaahhh aku kuat.. hehe.. kena bangun makan jugak. sebab mengandungkan. kesian anak dalam perut tu. kena bagi dia makan. okey baby mama makan untuk baby. yeaaahhh encik iwan teman kan. macam biasa.. makan nasi lauk telur goreng... alhamdulillah.. kenyang.

lepas sahur... kita solat dulu... lepas tu.. jom lah sambung tidur... owh sangat lena tidur.. sedar sekejap je.. tu pun encik iwan kejut sebab dia nak pergi kerja. okey bubye cyg. lepas tu sambung tidur balik... Zzzzzz.. bangun2 jam pukul 12 tengah hari. owh awal lagi.. xde apa2 dah nak buat. so lepak2 je lah atas katil layan ipad... sangat2 bosan.. golek sana.. golek sini.. xnak sambung tidur sebab kang terlebih tidur pun xberapa nak best kan. lepak2 je lah... sedar2 eh jam dah pukul 3.30 petang. owh... sangat melalikan ini semua. jom lah kita bangun mandi.. sila lah solat ye. apa nak jadi ni... dah pukul berapa ni.. =)


hari ni memang malas. aku sangat malas. sampai kan dah pesan awal2 dekat encik iwan. balik lah awal.. malas nak masak.. xlarat nak masak. ajak dia makan dekat luar sahaja. yeaahhh pukul 6.30 petang dia dah habis kerja. selalu pukul 7.30 petang baru habis. hari ni awal pulak. terima kasih encik iwan. sayang awak.. hehe... =) akhir nya pukul 7.45 petang macam tu.. dia sampai lah shah alam. dia sampai2 je terus ajak dia ke kedai makan. layan kedai afnan tomyam hari ni.. kedai baru bukak dekat section 20... masakan dia pun best jugak.. sedap2 semua nya. air dia ada yang okey.. ada yang xberapa nak okey.

hari ni baby dan mama nya mengidam nak makan tomyam.. telur dadar...kailan ikan masin.. dan sotong goreng tepung. owhhh... itu sotong sangat mengecewakan. susah dah nak cari sotong goreng tepung yang best.. semua nya yang macam cekodok tu. xpe lah lepas ni xnak order dah. air pulak teringin sangat2 nak minum air fresh oren sejuk2.. alhamdulillah.. sedap sangat air dia.. sangat puas hati lah. okey semua nya rm24 sahaja... murah okey. berbaloi2... semua sedap.. tomyam dia sedap.. puas hati lah..cuma tu lah sotong dia... macam xberapa nak puas sangat lah. aku makan seketul je..

okey sangat kenyang... alhamdulillah... puas hati... balik2 teringin nak minum milo ais buat sendiri.. entah tekak ni dahaga je. rasa macam nak biar je air sejuk2 tu lalu dekat tekak. dan sekarang ni.. aduh rasa macam kembung sangat dah perut ni. habis lah esok... mesti ulang alik pergi toilet.. eh esok kerja pagi lah. kena bangun awal ni.. xboleh lambat2.. hehe.. okey2.. azam baru.. xnak lambat. insyaallah. esok dispense.. mintak2 lah semua patient yang datang baik2 je.. xde banyak songeh sangat. xde nak marah xtentu pasal. kesian lah ibu mengandung ni.. so sila lah jadi insan yang berhati perut.. =) =)