abah pasang khemah 2 bijik.. untuk tetamu lelaki.
jumaat lepas mak dan abah ada buat kenduri. kenduri kesyukuran... kenduri tahlil... dan kenduri cukur jambul. disebabkan mak dah xboleh nak masak... maka mak mintak tolong lah kakak abah masak. mak ngah. lauk hari tu ikan keli masak sambal.. ayam masak lemak.. sayur campur dan jugak kerabu ada sayur kacang panjang dan ulam raja serta bahan2 yang berkenaan lah untuk buat kerabu. oh tak dilupakan jugak telur masin yang xberapa nak masin... hehe. tapi telur masin itu tetap sedap.
eiiii... sejuk nya pagi2... ada kabus.. sejuk2... huhuhu
perjalan ke perak.. sabak bernam kan dah dekat dengan perak.jadi xde lah jauh sangat.
lepas ambik mak ngah lepak2 sekejap dekat sana. lepas tu terus gerak balik ke sabak balik. sampai2 rumah terus kemas2 rumah. kemas ruang tamu semua2 lah. setting terus kerusi meja semua. senang sebab petang tu dah boleh buat kerja lain. huh... semput ai kemas2 semua tu. hehe. nasib baby xmeragam.. dia baik2 je. tau je mama dia nak tolong opah kemas rumah... good baby.. good.. =) sebelum balik kampung tu dah siap2 dah kemas rumah dekat shah alam. kemas semua2 lah. dan siap dah iron baju kerja.
muka bangun tidur.. huhuhu.. nape xnak senyum wahai suami ku... hehehe
sebab agak dah.. balik shah alam mesti penat... =) lepas siap2 kemas tu... jom kita makan tengah hari. tapi tunggu laki balik sembahyang jumaat dulu. kak ngah yang masak tengah hari. masak ikan patin masak tempoyak... yum2... sedap nya. nikmat sangat makan ikan patin masak tempoyak =) lepas makan... kena mandi balik... sebab tadi dah berpeluh kemas rumah kan. hehehe. lepas mandi tolong mak ngah potong memotong. aku kena duduk atas kerusi.. xberapa nak larat bersila dekat lantai..hehe
kak ngah tudung biru dan bakal kakak ipar.. hujung bulan 5 ni mak abah dapat menantu baru.
kitaorang tolong potong memotong je.. bab2 masak mak ngah dengan kawan dia.. =) mak ngah kan pro.. sebab dia dah biasa dah masak2 ni.. =) relax je dia buat kerja. lauk2 untuk kenduri semua best2. lepas semua tetamu dah balik.. baru lah kami2 selaku tuan rumah makan pulak. bila makan pun lambat maka xde lah tambah banyak2. sebab sementara nak tunggu makan tu... aku dah kelaparan.. hehe. makan lah kuih2 yang ada. xpe tetamu kena makan dulu... kena hormat tetamu.
cik teh dan cik su... okey bulan 5 ni jaga anak kak ayu ye..ye.. =)
malam tu kemas2 je.. aku tolong basuh kan gelas2 je. nasib lah ada encik iwan tolong. =) terima kasih awak teman kan saya. saya ni kadang2 penakut cikit.. hehehe.. =) pinggan periuk semua esok kita settle kan. esok tu pulak aku kemas dapur.. angah dan encik iwan yang settle kan pinggan dan periuk2 semua. dalam pukul 10 pagi dah siap kemas semua2. lepas tu terbongkang lah kepenatan semua nya. rehat2 kan lah badan. tengah hari tu semua makan lauk semalam je.. panas kan je. erk... kenyang... =)
p/s : alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar. walaupun penat ya amat.. tapi best =) oh gambar xikut cerita... asal ada gambar sudah.. hehe.. okey2 aku tau aku dah gemuk. xpe janji anak aku sihat. hehe =)