semalam ada lah hari cuti... cuti yang sangat best sekali. hilang semua penat. rehat tahap maksimum punya. jarang dapat off hari ahad. dan semalam dapat... yeaaahhh... =) pagi2 bangun lambat. lepak2 sekejap. ajak encik suami sarapan dekat luar. dan ingat nak ajak dia pergi tesco nak beli barang2 dan lauk. rasa nak masak sendiri je untuk hari semalam. tapi semua tu angan2 je.. hehe..
last2 pukul 10 lebih jugak tersedar. dia tanya teringin makan apa. aku pun cakap lah. nak makan roti canai je... lepas tu pergi tesco nak beli lauk dan barang2. okey dia angguk faham. dia cakap sekejap ye.. nak rehat lagi. aduiii... yelah.. okey rehat2 punya rehat last2.. pukul 11 lebih baru dia tersedar ke alam yang nyata. kalau dia dah tidur aku malas nak kacau.. tau dia penat...
sarapan entah kemana.. nak beli lauk pun entah kemana. last2 dengan semangat yang wajar.. encik suami goreng ayam.. dan ketang wedges.. so makan tu je lah. okey kenyang jugak lah. masa makan dekat temerloh catering tu ada jual powder cheese. rasa dia sama je dengan cheese dekat kfc tu ha. lepas perut dah kenyang mengadap tv pulak.. encik suami mintak nak rehat lagi.. okey...
last2 pukul 6 petang jugak keluar rumah. huhuhu... pergi tesco beli barang2 je. kita makan dekat tesco je lah ye.. makan Yee mee sizzling. dengan cool blog. erkkk... okey baby dah kenyang. bila mama dan baby dah kenyang. boleh lah jalan2 pilih barang dengan senang hati. tengok2 barang baby. wahhhh comel nya baju2 dia... geram je tengok. xpe tunggu 25hb ni... mintak2 tau dah jantina nya...
kalau xtahu jugak... memang aku pakai beli lah baju2 nya. nasib lah kan.. hehehe. dah kena sedia kan list ni.. list kan apa yang perlu untuk baby... apa yang perlu untuk diri sendiri. so nanti xde lah lupa nak beli. banyak jugak ye budget nak kena sediakan. dulu masa kawin.. pening pasal budget kawin.. ni dah ada anak.. pening2 lalat pasal budget ni pulak.. hehe.. tu lah kehidupan... =) =)
p/s : xpe kita settle kan satu2 ye.. lepas tu insyaallah semua nya dijamin okey... =) ayah baby sila kerja rajin2 ye baby nak keluar lagi 3 bulan =) =)