aku memang xberapa nak berani lalu dekat sebelah kanan kalau jalan tu 2 hala.. kalau jalan tu sehala aku berani lah nak lalu sebelah kanan. sah2 kereta semua tu searus je dengan jalan ko jugak kan. kalau 2 hala ni takut cikit lah. kot ada motor dari arah depan ke.. isyhhh bahaya nya lah. so langkah yang paling okey.. kita amek belah kiri je lah. tapi imbangan badan harus tepat. harus lah berhati2.
kalau xtepat dan xreti sangat.. aiii.. calar pulak kereta orang.. dah 1 hal nak kena mambayarnya. lepas tu kalau xreti sangat mungkin boleh jatuh.. fuhhh nasib baik lah masa amek lesen motor dulu aku boleh je buat titi tu.. so berjaya jugak lah kawal imbangan badan. ye lah bila dah bawak motor slow2 je.. harus lah kena imbang badan dengan betul..kena bawak slow2.. takut terkena kereta orang... hehe.
tapi serious lah. memang jem teruk tadi. nasib lah aku naik motor je pergi kerja. kalau naik kereta.. streesss aku.. aku dah lah xsuka jalan yang jem2 ni.. bosan lah lama2 duduk dalam kereta tu. hehehe. dekat KTM tadi pun ramai orang. orang dah start cuti kot.. ye lah dah hari rabu kan. raya pun lagi 3 hari. seronok nya tengok... teringat zaman2 belajar dekat nilai dulu.. angkut beg nak balik kampung =)
kalau bawak kereta dengan jalan yang jem... boleh bawak jam ni.. makan dengan roti.. huhu... selamat hari raya semua.. maaf zahir dan batin.. =) =)