sepanjang mengandung kita xdatang bulan.. jadi gunakan 9 bulan tu sebaik mungkin. baca al-quran hari2 dan cuba khatamkan. silap2 dengan kelebihan yang Allah berikan tu.. 3 kali kita dapat khatam. kalau xmampu pun sekali tu da cukup bermakna da selama 9 bulan haid xdatang2 tu. indahkan ciptaan Allah.. 9 bulan Dia hentikan haid kita untuk kita gunakan untuk beribadat. lepas tu bila darah nifas da keluar.. kita boleh rehatkan diri sementara nak pulihkan dalaman selepas melalui proses kelahiran yang sakitnya hanya Allah yang tahu.
macam aku.. anak sulung.. masih kabur dengan semua tu. cuma amalkan surah2 pilihan je. tu je yang aku amalkan hari2 dan berulang kali sampai selamat bersalinkan anak sulung. dan selain tu ingat pesanan mak.. sebelum tidur salam tangan dan mintak ampun dari suami. tu syurga kita sebagai seorang isteri. alhamdulillah anak sulung lahir dengan mudah dan senang sekali. dan sifat2 dia sekarang memang aku perasan dia boleh ikut arahan dan pandai kemas barang2 kalau aku suruh kemas balik apa yang dia sepahkan.. alhamdulillah =)
anak ke dua pulak.. masa tu macam malas sangat2 sebabnya penat dengan anak pertama yang masih kecik.. susu badan still on.. sampai xtahu la nak cakap macam mana. last2 hari2 amalkan baca al-quran surah2 yang atas tu dan tu pun ikut mood. tapi hari2 akan pastikan baca surah yassin. sebab bila baca surah yassin hati jadi tenang sangat2. badan yang penat dapat la di charge slow2. alhamdulillah.. proses melahirkan anak ke2 pun dipermudahkan jugak
anak ke tiga advance sedikit sebab masa tu xberapa bersedia mental dan fizikal nak dapat anak lagi. so mengambil langkah keselamatan jiwa dan raga.. aku nekad nak khatamkan 1 al-quran sebelum dia dilahirkan didunia ni. alhamdulillah sempat khatam dan esoknya terus bersalin. karekter anak ke3 ni lain macam sikit. dia paling senang nak suruh buat apa2. tahap kecekapan dia kalah abang dan kakak dia. jadi aku memang sarankan kepada semua. sebenarnya nak didik anak2 bermula dari dalam rahim lagi =) jom sama2 kita amalkan =) =)
selain tu jugak.. insyaAllah dengan izin Allah proses kelahiran tu berjalan dengan lancar. semua nya rahsiaNya.. kita bertawakal dan terus berdoa tanpa henti. kalau boleh jom sama2 kita belajar spesifikkan doa kita. insyaAllah.... semoga dipermudahkan urusan kita semua.