Wednesday, December 16, 2015

Pati delima untuk kesihatan


bila dah pregnant anak ke3 ni.. hati mula nak mencuba amalkan pati delima. so ajak la husband pergi kedai yang jual2 semua tu. kedai arab. beli dekat seksyen 19. sebelah speedmart 99. masuk2 pusing2 tengok apa lagi yang best. last2 memang pati delima je yang aku beli. hampir 2 minggu dah amalkan.. harga cuma rm10 sahaja. xingat brand apa.. aku amek yang paling murah sebab nya nak try dulu. tengok tekak boleh terima atau x. dan alhamdulillah berjaya telan dengan jayanya.. semua demi anak dan diri sendiri.. =) 

copy from : klik cini ... tq for sharing 


wah.. niat asal nak amalkan untuk anak dalam perut.. xsangka pati delima ni banyak jugak khasiatnya. terus rasa macam nak amalkan sampai 9 bulan. disamping untuk anak bagus untuk diri sendiri. harga rm10 je. satu botol tu tahan dalam sebulan. aku ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. guna sudu plastik. jom kita amalkan pati delima ni..bagus untuk kesihatan.. =) 

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan ‘morning sickness’menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
copy from : klik cini... tq for sharing