Friday, November 13, 2015

vitamin semasa mengandung


mengandung untuk kali yang ke3. alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi. terima dengan hati yang terbuka. eh macam xsabar la mama nak scan next month. nak tahu baby mama ni boy ke girl. kalau boy leh main ngan abang haziq n ayah... kalau girl.. leh main dengan kakak hana.. n tolong mama sama2 dekat dapur.. ;) 

setiap kali mengandung aku memang akan ambil vitamin untuk baby yang dalam kandungan. untuk 3 bulan yang pertama makan folic acid sahaja. tapi kalau kadungan ada masalah atau rahim lemah atau nak kuat kan rahim diawal kehamilan doctor akan add duphaston tablet. ikut atas doctor jugak la. yang penting anak membesar bagai juara...

anak yang ni agak active sikit. baru 4 bulan da rasa pergerakan dia yang agak active. kadang tu sehari berkali2 dia gerak. so berbalik kepada vitamin... selepas masuk trimester ke2.. iaitu bulan ke 4.. doctor akan bagi vitamin2 yang bersesuaian dengan tahap kesihatan kita. contoh kalau ada masalah darah kita akan ambil ubat yang lain sebagai tambahan.. 

macam aku.. anak ke2 dan ke3 sama je. cuma calcium tu.. aku lagi serasi denga caltrate plus. kalsium kurang kan.. haha. so kena amek yang plus2 cikit la. pramilet tu  vitamin untuk ibu dan anak. belvea pulak untuk perkembangan IQ baby didalam kandungan.  untuk anak... mama sanggup telan semua nya baby... biar pun kadang2 nak termuntah... sebab besar sangat saiz ubat nya.. huhu... 

sebenarnya penting untuk kita ambil vitamin ni semasa mengandung. sebab kita xtahu dalam menu diet seharian adakah kuantiti nya mencukupi untuk diri kita dan baby yang kita kandungkan. kalau ada yang cakap nanti berat baby berat sangat la.. n nanti berat kita naik la.. alah... xpe... kita makan je... nanti kita sihat anak pun sihat. kalau lapar makan je la. nanti dalam pantang kita pantang la kaw2 punya... ok?? confirm berjaya...

 so jom kita jaga diri dan anak kita... makan tau semua vitamin yang doctor bagi... kalau boleh makan hari2.. disamping tu kita akan rasa lebih bertenaga dan sihat walaupun tengah mengandung dan bawak perut yang semakin membesar. nak kerja pun kita bersemangat... dan cergas... !!! tapi kalau da penat tidur je... huhu... suami kan ada... suh dia sama2 penat sekali layan anak2... tq husband.. awak ayah yang terbaik... muaaah cikit.... !!!!!