Thursday, October 1, 2015

Menghargai..bersyukur..





percaya kepada takdir Allah... anak2 semua nya rezeki... Alhamdulillah Allah berikan rezeki  untuk aku mengandung lagi. untuk kali yang 3. nikmat yang xsemua orang dapat.. rezeki Allah sangat luas.. kadang Dia kurniakan keluarga yang bahagia..adik beradik yang sangat rapat... makanan yang xpernah putus.. duit yang xpernah putus walau bukan pada gaji sahaja... terkadang rezeki itu pada baju yang baru setiap bulan.. juga pada rumah yang harmoni.. anak2 yang mendengar kata. rezeki dikurniakan jodoh yang awal.. rezeki kawin lambat juga sebab masih mampu berbakti kepada orang tau.  jadi tetap lah bersyukur diatas setiap apa yang kita miliki. rezeki bukan pada DUIT yang banyak sahaja. fikir la seluasnya sebelum nak mengeluarkan kata2.. kadang2 menghiris perasaan orang.

walaupun agak penat sebab mengandung setiap tahun.. tapi aku gagahkan diri jugak.. sebab bagi aku.. umur 35 tahun masa untuk aku jaga kesihatan diri aku sendiri. dan masa tu anak2 dah pandai urus diri sendiri. sebab tu aku target sebelum umur 30 tahun aku nak mengandung dan melahirkan anak sekurang2 nya 4 orang. jadi bila da masuk 35 tahun aku dah boleh relax jaga diri sendiri.. beli jamu itu ini.. haha. eh seronok apa anak ramai. pasal cukup ke x keperluan anak tu.. alhamdulillah setakat ni anak2 cukup susu dan pampers. setiap bulan hana minum 5 pek susu.. haziq 5 pek.. pampers pulak 2 1/2 pek sebulan.. alhamdulillah cukup je semua.. kita tau kedudukan kewangan kita.. jadi kita pandai2 budget la semua nya... biar orang nampak kurang.. sebenar nya rezeki tu cukup dah.. =)

Alhamdulillh rezeki Allah kurniakan seorang suami yang boleh jaga anak. semua dia boleh buat. cuma tang bagi makan si adik dia xreti sebab nasi nak kena masak n blend.. so xpe lah xkan semua nya harapkan ye x.. ada lah sikit kekurangan nya. bagi aku dia dah boleh jaga anak2 masa aku kerja malam dan siang pun dah cukup bersyukur sangat. malam2 memang dia je yang bangun buat susu anak. aku kejut sekali dua je dia dah bangun. aku memang malas nak turun buat susu.. dia dah faham dah.. hahaha.. okey la aku dah mengadung dan lahirkan.. tang jaga kita sama2 la.. mana aci aku je yang jaga sorang.. nasib dia okey je.. tq my hubby chubby yang banyak tolong mama jaga anak2. sampaikan anak2 tetap cari ayah.. kalau ayah pergi kerja... uwaa.... jelezzz....

hana dan haziq maafkan mama ye.. mama terpaksa bagi adik lagi.. =) bukan apa... kesian main berdua je.. kalau ada adik lagi baru syok kan main ramai2.. nak2 umur korang jarak xjauh mana.. pas ni siap lah dengar mama jadi tarzan. bak kata ayah.. suara mama boleh sampai ampang rumah nenek. sentap 40 kali. tapi esok buat jugak. nak2 haziq sekarang ni sangat aktif.. nak kata masa mengandung makan ikan salmon xpernah pulak.. mana akal cerdik dia datang pun xtahu.. apa yang kita xboleh fikir dia akan buat masa umur dia.. dia buktikan dia boleh buat... okey mama urut dada.. haziq=cerdik pandai. doa dalam nama hari2.. sebab tu kot.. alhamdulillah.. learning proses.. xpe lah nak.. janji awak sihat dan boleh senyum hari2 tu dah buat mama dan ayah sejuk hati dah.. anak ayah ni..

hana pulak sekarang dah pandai sangat cakap.. kalau tengok mam sedih.. dia datang pujuk.. mama jangan nangis.. dia urut2 kita.. macam kita buat dekat dia. oh anak.. terima kasih.. sayang hana. hana ni kalau dibiarkan bangun pagi.. ha pukul 11 kang baru bangun. anak dara oh anak dara. dah pandai bawak diri. mungkin sebab dia dapat adik awal.. so xde lah dia manja sangat. boleh la nak harap dia tolong buat kerja. bila hana dah darjah 1 nanti mama ajar buat kerja rumah ye.. nanti boleh lah tolong mama buat kerja rumah.. tq sayang. hana memang dah kakak sangat dah. bangun pagi2 cari haziq. kalau haziq hilang.. jap lagi mama haziq mana... mengelabah sangat. tapi bila dia tinggal haziq xpe.. cis xaci betol.. siap cakap lagi.. bubye haziq.. haziq duduk rumah ye.. okey bye!

p/s : kalau kita tau nak menghargai apa yang kita ada. pasti kita tetap bersyukur dengan nikmat nya.