Thursday, July 10, 2014

Tak nak makan nasi.. hmmmm




sekarang ni malam2 kalau tidur macam panas. hana memang basah je baju dia. last2 sebelum tidur aku bukak kan baju dia... baru lena dia tidur. dia tu bukan boleh panas cikit. mengamuk je. dia nak sejuk2 je. haish... nasib anak sendiri. kalau anak orang lain.. aku gigit je.. haha. jahat sangat kan. kejam. diam xdiam dah minggu ke 2 kita berpuasa. alhamdulillah setakat ni masih mampu berpuasa penuh. berazam xnak tinggal puasa. nak puasa penuh. senang tahun depan xpayah ganti.

sekarang ni hana dah pandai ajak berborak. entah bahasa apa dia pakai xtahu lah. kadang2 layan kan je. tapi kalau dia nak sesuatu tu.. nak jugak. hai geram pulak aku tengok. main2 ye. kang mama gigit kang. ada sekali tu bukan main mengamuk lagi. sebab dia nak main pump susu aku yang dekat atas almari. ayah dia selalu kalah dengan dia. menyampah. last2 bila ayah dia bagi dia.. terus diam. aku geram aku gigit lengan dia. tapi budak2 kan mana lah paham sangat. gelak je lah... huhu.

sedih sebab dia xnak makan nasi langsung. puas dah ubah menu. xnak jugak. dia jadi macam tu sejak dia baik dari kena cirit birit yang teruk tu. sejak2 dari tu nak minum susu je. cepat jugak lah susu dia habis. 900gm tu adalah tahan 5 hari je. huhu. xpe lah sebab nasi xnak makan.. jadi nya ganti dengan susu je lah. tapi risau jugak sebab susu je kan. kadag2 geram je. nak2 suap time2 puasa ni. hana.. sedap tau nasi yang opah masak ni.. kenapa lah xnak makan.. geram je mama tengok nasi ni..

p/s : macam2 kan ragam anak ni. emmm kena banyak bersabar lah. nak buat macam mana. redha... =)