Tuesday, May 6, 2014

Anak num 2...

 

18.4.2014... Nak siap2 pergi kerja..  Sekali.. Aduh... Pinggang buat hal... Sakit nya Ya Allah.. Nasib baik encik iwan xpergi kerja lagi. Dia masa tu dekat dapur.. Ayah2 tolong2.. Tolong...  Encik iwan masuk bilik kelam kabut dah.. Tanya kenapa2.. Awaakkkk pinggang saya sakit... Uwaaaa... Air mata xhenti2 meleleh.. Sakit nya Ya Allah..

Xpernah rasa macam tu.. Terus baring... Lepas tu nak bangun sakit sangat2. Sakit kat bahagian belakang tu. dekat area pinggang tu tapi bahagian tulang belakang. Air mata xhenti2 keluar. Sakit ya amat... Hana pulak terjaga sebab aku menjerit. Dengan anak menangis lagi. Nasib baik mak n adik2 ada..

Terus lepas kena tu.. Baring. Text bos.. Memang xdapat nak datang kerja. Memang aku dah xmampu nak berdiri. Baring2 sambil menangis. Ya Allah hebat nya dugaan kali ni. Rasa macam xsemangat nak hidup.. Mampu ke aku nak berjalan lepas ni. Mengadu sambil menangis dekat encik suami yang tersayang.. Huaaaaaaaaaaaaa...

Muka dia time tu cuak habis. yang aku pulak air mata xhenti2 turun. Sakit wooo.. Pastu aku baring je. Ingat nak lepak2 ingat okey lepas tu.. Sekali dah kul 10 pagi pun still lagi sakit. Sakit lepas tu xtahan nak pergi toilet. Last2 memang nak keluar sangat.. Suh encik iwan papah kan. Nasib baik encik iwan gagah. Kalau melidi.. Kesian dia.

Dah pergi toilet.. Terus lega.. Tidur. Tunggu lepas solat jumaat baru nak pergi hospital. Pas je encik iwan dan abah balik dari solat jumaat. Terus abah bagi idea call ambulans. Aku xnak mula2. Nak try jugak jalan. Sekali... Auuuu sakit nya. Aku give up. Okey abah nanti call ambulans. Call2 dalam pukul 3 lebih baru settle. Sampai a&e. kena cucuk. 

Pastu nak kena pergi xray. Masa xray tu staff tu tany period semua.. Sekali aku xingat daaaa.. Tengah sakit mana lah nak ingat kan. Pastu dia suruh buat UPT. Buat2 sekali postive. Haa??? Masin mulut suami aku. Dia memang dah banyak kali dah cakap aku ni mengandung. Tapi aku nafikan... 

Pastu kena admit. Tapi dalam ward xde just dapat pandol je lah. Sebab mengandung kan. Duduk dalam ward 3 hari 2 malam. Pastu kena pergi fisio.. Buat hot pack.. Letak dekat pinggang belakang tu. buat 3 kali.. Alhamdulillah.. Hari ke 2 dah boleh berjalan. Mak cakap rengang2 kan sikit badan tu..

Mak pesan lawan cikit. Jangan layan sangat perasaan tu. yeaahhh mak bagi semangat. Tq mak. Aku pun cuba lah bangun. Cuba berjalan. Cuba mandi sendiri. Cuba buat sendiri lah. Ye lah kalau sakit lama2 sape yang nak layan. Suami kerja lagi.. Penat. So kena lawan semua tu. kena hebatkan diri..

Walaupun hakikatnya Allah je yang tau..  Sakit.. Masa tu nak mengiring pun sakit. Nak cuba berjalan pun sakit. Nak buang air pun sakit. Pendek kata semua nya sakit lah. Tapi gagah kan juga sebab fikirkan anak.. Hana baru 11 bulan. Kesian anak mama. Berjalan pun xpandai lagi.. Huhu.. Sori ye hana. Sebab mama bagi adik awal sangat. Xpe nanti hana ada kawan nak main2 kan... Setahun sekali okey anak aku. Rezeki... =)

Kali ni simptom mengandung lain sikit. Siap kena admit lagi. Lain anak.. Lain ragam nya. Tapi yang pasti simptom sakit pinggang dengan demam tu sama dengan hana dulu. Kalau yang ni perempuan nak mana kan NHI kalau lelakai MHI .. Haha.. Xboleh blah.. Nama pun dah ada.. Xpe2 nanti meriah sikit rumah ada 2 anak. Kalau perempuan dapat lah hana main sama2. Kalau lelaki okey jugak kot. =)