Friday, January 3, 2014

Pembuka bicara 2014 =)





hari ni kerja petang. hari2 berlalu dengan sangat pantas.. sedar xsedar dah masuk tahun 2014. dulu masa sekolah menegah selalu berangan.. best nya bila dah umur 20 tahun.. dah habis belajar.. nak kerja. nak rasa pegang duit sendiri. lepas tu berangan.. kalau dah umur macam2 gini nak beli ini.. ini.dan ini huhu. biasa lah budak2 kan. tapi sebenar nya time sekolah lah saat paling best. belajar.. balik tolong mak.. lepas tu buat apa yang patut.xpayah nak fikir banyak sangat. kehidupan kan. setiap saat akan bergerak. jadi hadapi dan harungi lah dengan sebaik mungkin. kehidupan yang penuh dengan warna warni..

owh hari ni kerja dekat inpatient. masyaallah... sangat busy. terima dengan hati yang terbuka. sudah tugas aku. sudah setuju untuk berkerja seperti mana yang telah ditetapkan. lagi 3 tahun habislah kontrak dengan hospital. sekejap je masa berlalu.. diam xdiam dah 3 tahun berkerja.. macam2 pengalaman yang aku dapat. ada yang best.. ada yang xbest. xpe kita cuba perbaiki lagi.. agar duit yang kita perolehi tu diberkati. insyaallah. lepas 3 tahun?? kerja lah lagi.. kerja sampai umur 33 tahun je boleh x?? lepas tu nak ajak mak dan abah buat bisnes kedai makan.. hehe.. xlarat lah nak kerja shift sampai tua...




insyaallah ada rezeki lebih.. nak beralih arah.. insyaallah. kalau gaji dah best dan hutang2 dah settle.. nanti fikir2 balik ek. hehe. xpe kita berangan je.. xde sapa boleh halang kita nak berangan. sila kan.. tapi jangan sampai terhanyut lah. emm.. takdir yang Allah dah tetap kan.. pasti ada hikmah. takdir kawin awal.. takdir dapat anak awal.. takdir masuk bidang ni.. takdir semua2 lah. bersangka baik. dan alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar.. syukur teramat sangat. berbakti kepada kedua orang tua.. Allah akan permudahkan urusan rezeki kita.. cuba buat.. xkan ada rasa 1 kerugian pun.. berkorban cikit je..

ingat lagi.. masa sekolah kena paksa rela dengan mak buat benda xsuka.. mak kerja.. abah kerja.. aku ni anak perempuan sulung. bila balik sekolah.. mak pergi kerja dekat kedai makan. apa yang mak tahu.. balik je sekolah mak keluar kerja.. balik.. adik2 dah makan.. dah minum susu..dah mandi.. rumah siap kemas.. hoi masa tu baru form 2.. 14 tahun kot?? macam mana nak lepak2 main basikal round taman. no2.. lenyapkan semua tu. jangan harap okey. tugas kau buat semua tu masa mak keluar pergi cari duit. emm ye lah mak.. masa tu adik num 6 dan num 7 tu kecik lagi.. yang bongsu tu baru merangkak..




percaya nya mak dekat aku kan.. anak mak ni baru 14 tahu mak.. nak kena jaga adik yang baru pandai merangkak?? masa tu xde istilah main basikal.. round2 taman.. no2.. noway okey.. hoho.. tapi alhamdulillah... mak ajar aku jadi kuat.. jadi kental. nak menangis2 lah..kerja tetap kena buat. ada mak layan?? xdoh okey.  tapi kehidupan tetap kena teruskan. sapa nak bagi makan kalau xusaha sendiri. tapi alhamdulillah aku korban kan masa remaja aku untuk keluarga.. Allah permudahkan urusan perkahwinan aku... semua berjalan dengan lancar... Allah permudahkan aku masa lahirkan hana irdina..

Ya Allah.. syukur dengan nikmat Mu itu.. saat kau bagi aku ujian...aku terkesima.. selalu tanya.. kenapa aku xmacam kawan2 aku yang lain.. kenapa xdapat nak enjoy.. balik sekolah boleh tidur.. boleh lepak tengok tv.. kenapa.. mengapa.. dan bagaimana... dan bila aku letih bertanya sendirian.. rupanya inilah hadiah nya.. syukur dengan nikmatMu. jadi marilah kita berbakti kepada kedua orang tua kita selagi hayat dia. aku bukan anak yang baik.. aku insan yang lemah.. tapi aku ingin sekali bahagian kan orang2 yang aku sayang.. sampai hujung nyawa aku... keluarga aku yang pertama dan terakhir dihati aku..

gembira nya mak..abah dan adik2.. suami dan anak .. maka hati kecil aku juga turut tersenyum riang.. aku xmampu menzahirkan dengan kata2. kerana aku malu.. =) tapi aku tersenyum rinag xterkira jauh disudut hati. suami no 1.. mak dan abah no 2.. ye itu batas yang perlu aku jaga =) terima kasih Ya Allah pertemukan aku dengan dia.. sangat penyabar =) aku api dia lah air yang menyiram api kemarahan aku. tapi sekali datang taufan.. aku diam.. sebab takut.. hehehe.. =) ye abang iwan... jom kita berjaya sama2.. awak kawan saya yang terbaik.. yang terbest.. yang tercomel.. sayang awak... muaaahhh3 =)