Sunday, January 15, 2012

PART 4

mak cakap aku garang.. tapi aku rasa itu yang aku perlukan...cara aku nak jaga adik2 aku. sebab bagi aku seawal usia 14 tahun bukan mudah untuk jaga 2 orang sekali. besar sangat2 tanggungjawab tu... aku xsangka.. aku boleh jadi sekuat itu. entah mana datang nya semangat untuk berkorban... semangat untuk memberikan yang terbaik. mungkin ini adalah satu kelebihan yang ALLAH telah berikan kepada aku. walaupun aku xcantik.. xsempurna.. tapi aku masih ade 1 kelebihan yang aku rasa xramai orang lain miliki seawal usia 14 tahun.

masa form 2... mak keluar kerja dekat kedai adik dia.. aku kena jaga adik2 aku.. bukan dah besar.. tapi umur masih 2 tahun lebih dan 1 tahun lebih . budak2 yang masih hisap susu botol. bukan mudah nak mengharungi semua tu. bukan mudah nak handle budak2 yang masih kecik.... tapi ALLAH berikan kekuatan untuk aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak. walaupun banyak kekurangan pada masa tu.. aku masih mampu menjalankan semua amanah yang mak berikan. mak terpaksa kerja petang... sebab nak tunggu aku balik sekolah. nak hantar adik2 dekat orang. mana mampu kan..

lepas form 4.. bermula lah satu kisah hidup yang baru bagi aku dan semua keluarga aku. seingat aku seminggu nak tahun 2006.. abah dan mak buat keputusan untuk pindah sabak bernam. kata nya nak jaga arwah atuk aku.masa tu arwah atuk duduk sorang2. ayah aku anak lelaki sulung. bagi aku.. keputusan ni amat berat untuk aku terima. entah kenapa....  akhir nya memang menjadi kenyataa.. lagi seminggu nak masuk tahun 2006.. kite orang pun pindah lah. barang2 naik lori. kami2 naik bus. kereta kan xde. gerak pagi. sampai malam rasa nya. rasa nya macam dah lama xbalik kampung arwah embah. ye lah duduk kuantan kan susah. macam mana nak balik kampung dekat sabak bernam. mood masa tu.. aku xsuka... tapi apa boleh buat... ni lah dinama kan takdir kan.

abah register kan aku dan adik lelaki aku dekat sekolah smk ungku aziz. mula2 masuk kelas.. aku xde kawan.. emm.. bosan2.... rasa macam xnak pergi sekolah dah. boleh x?? eh2 mana boleh. nak kawan ke nak ilmu?? sila lah terima kenyataan. lama2 baru ada kawan. aku duduk sebelah fatimah. rumah dia dekat dengan rumah arwah embah aku. pergi sekolah sama2 dengan dia. dah lama xpergi sekolah sama2 dengan kawan. sekolah rendah dulu ada lah. sekolah menengah sekejap je. lepas tu sorang2 je. so dengan fatimah ni lah aku buat teman untuk pergi sekolah sama2. dalam kelas aku duduk sebelah timah. dalam kelas aku xkesah aku ni tinggi. aku peduli apa. mula2 masuk. aku tanya ada orang x... diaorang cakap xde. aku terus tarik kerusi.. aku duduk depan sekali.

rumah embah ni agak scary sikit lah. takut.... dulu masa dekat kuantan.. bila balik kampung sabak bernam. aku takut sangat dengan rumah ni. entah kenapa. sebab sunyi kot. sumpah takut.. memang penakut lah. tapi bila abah n mak dah istihar kan.. akan duduk sini selamanya.. keberanian tu datang sendiri. dekat atas ade satu bilik.. dulu.. rumah ni 1 tingkat atas je asal nya.. lepas tu tambah2.. jadi lah 2 tingkat.. tingkat atas kosong... aku dan adik lelaki aku duduk tingkat atas. adik aku.. lepak lua.. dekat ruang tamu atas... kira bilik dia open lah kan. dekat situ lah dia tidur.. dia buat keje sekolah. dia buat apa2 je lah dia nak.. suka hati dia. wah..  gila berani kan....  tapi masa duduk situ..  aku xpenah fikir apa2..  alhamdulillah..  selamat.  ALLAH melindungi aku dari nampak benda yang bukan2. eii.. seram...

masa pindah sini.. mak duduk rumah... wah seronok... pagi2 sebelum pergi sekolah mak akan buat kan sarapan.... dah lama xrasa macam tu. tanggungjawab aku tetap sama.. sediakan baju sekolah adik2.. basuh kan.. iron kan. semua sama.. xberubah.. cuma xpayah nak jaga adik2 lagi. balik sekolah.. aku akan tidur dulu.. tu wajib okey masa form 5. lepas tu.. baru tolong mak kemas kan rumah tu.. besar... penat jugak lah nak kemas.. cian pulak nak harap kan mak sorang kan. bila dah duduk sini.. malam aku malas nak makan. kira nya lepas aku dah siap2 kemas rumah petang tu. maghrib aku mandi.. malam terus lepak dalam bilik. buat kerja sekolah. berangan2.. layan radio... tulis diari. 

aku suka luahkan isi hati aku dekat diari.. sebab bagi aku.. xde sapa yang boleh paham situasi keadaan aku.. melain kan ALLAH.. dan disamping itu.. aku luahkan dekat diari. hari2 aku buat. apa saja yang berlaku.. akan aku catat kan. bila time makan malam... kadang2 je aku makan.. kalau aku xmakan... aku xturun.. aku turun untuk tolong mak kemas kan meja makan je. entah kenapa.. masa form 5.. aku malas nak makan malam. masa tu abah kerja dekat reban ayam.. jaga kan ayam orang... banyak2 ayam2 tu. ayam yang abah jaga ni.. ayam yang di jual di kebanyakan kedai tu. yang cepat besar. dulu disuntik..sekarang dah canggih.. letak dalam makanan dia je. ayam yang cacat akan di reject.. jadi.. yang reject tu abah bawak balik.. dan pastu mak akan masak lah... kira senang lah cikit lepas duduk sabak bernam ni kan

ni lah yang dinamakan rezeki... xlama lepas tu.. masa tu bulan 3.. 25.3.2006... abah keluarkan duit KWSP dia.. kan boleh keluarkan  cikit time umur 50 tahun... banyak jugak abah keluarkan. masa dapat tu.. abah belikan telefon untuk semua anak2 dia. along,angah,ayang... amek nset second je kot.. aku je yang dapat nset baru nset motorola... masa mula2 pakai nset tu... aku happy sangat.. smpai kan aku xnak guna... last2 kena sound dengan adik lelaki aku... kalau xnak pakai... pergi jual balik dekat kedai...eleh... cakap lah jelez kan sebab kakak ang ni dapat nset best masa tu.. gurau je.. jangan marah..

masa abah dapat duit KWSP... abah bawak kite orang tidur hotel dekat KL... Grand Seasons hotel dekat bukit bintang... wah.... seronok nya.... dah lama xrasa macam ni. dulu sebelum hidup susah. masa darjah 3...hidup memang mewah... selalu bercuti... selalu dapat pakai baju mahal2.. beli barang dapur confirm borong sakan.. nak apa.. amek je... mak abah x marah.... boleh amek apa saja.. kasut pun mahal2. abah memang xpernah berkira dengan anak2 dia. nak apa semua dapat. kalau dia pergi outstation dekat overseas dia mesti belikan pape untuk anak2 dia.... abah baik... xkedekut. masa tu.. selalu pergi bercuti... mandi kolam renang.. sebab tu dulu aku agak gelap berbanding sekarang...

bersambung.............