Tuesday, February 20, 2018

Shift worker


Image result for shift worker


Bila suami isteri kerja shift anak2 kesian jugak la... macam aku dan suami la. dulu aku je yang kerja shift.. lepas tu husband pulak start kerja shift. bila da dua2 kerja shift ni banyak benda nak kena atur dan fikir. dulu husband kerja dekat Go shop. shift dia xmenentu sikit kadang pagi.. lepas tu petang.. dan malam. tapi shift dia tetap terbaik untuk pekerja2 nya.. sebab bukan shift pakai masuk je.. dia masih utamakan tahap pekerja punya kemampuan. so masa dekat Go Shop tu kira kiteorang boleh jaga anak gilir2. hampir 1 tahun jugak la.. bergilir tukar shift.. contoh dia masuk pagi.. aku amek shift petang.. dia masuk petang aku amek shift pagi. kalau dia malam aku xkan masuk malam.

Allah mudahkan perjalanan kehidupan kami. ingat lagi masa tu hidup agak susah jugak la.. tahun 2015.. anak da masuk 2.. fikir macam mana nak anta pengasuh.. duit memang xcukup nak anta anak2 ke pengasuh.. sebab susu.. pempers anak2.. minyak kereta lagi. oh.. stressnya masa tu. cuma dalam stress aku selalu doa "Ya Allah sesungguhnya mudahkan la dalam kami suami isteri dalam mengatur jadual kerja supaya mampu jaga anak2" setiap hari aku doa macam macam tu. dan alhamdulillah... hampir 1 tahun lebih.. perjalanan kehidupan berjalan dengan lancar.. memang boleh gilir2 jaga anak2. kawan walau ada yang xnak bagi shift.. dorang tolong jugak.. haha.. tq ye kawan2.. muaaah ciked.. =)


Image result for shift worker


lepas tu tengah tahun 2015 mengandung pulak anak ke3.. emm.. gaji husband masa tu dah naik sikit.. cuma pening jugak la.. sebab nak masuk 3 kan.. mesti kos kehidupan semakin bertambah. xpela dah Allah beri rezeki anak lagi.. nak xnak.. redha je la. alhamdulillah alahan masa tu xteruk sangat. mudahnya mengandungkan anak ke3. still lagi risau kan macam mana nak jaga anak. doa dan terus berdoa supaya dipermudahkan urusan.. sampai lah lepas bersalin.. anak ke 3 kena masuk ward. suami ulang alik dan ada EL banyak kali. sebab aku dalam pantang.. stress.. aku perlukan sokongan suami.. dan dia sanggup EL sebab nak bantu emosi aku.. huhu.. xkuat sebab penat masuk ward bila dalam pantang.

anak ke 3 masuk 3 bulan suami kata dia nak pergi interview kerja lain.. sebab gaji dia offer okey dan naik banyak dari tempat kerja lama. aku mula2 macam emmm takutnya. masa suami pergi interview dia baru habis nite shift.. dia balik kata macam xde harapan sebab dia jawab ntah apa2. aku cakap dengan dia.. xpe kalau Allah kata tu jalan terbaik.. Allah mudahkan urusan. dan alhamdulillah... suami berjaya interview. syukur sangat. sebab Maxis dia dapat shift petang. aku cakap dengan dia.. aku xboleh nak masuk pagi je..  kompem kena sound je kang. aku xsuka kena sindir2.. haha... so dia kata xpe.. dia shift petang.. dia dapat elaun rm500. aku kata okey.. aku cari pengasuh murah2..


Image result for shift worker


duk kira2.. aku congak2.. rm600 je aku mampu untuk spend bayar pengasuh anak2. aku cari la pengasuh yang jaga anak aku dalam range 15 hari je. dan alhamdulillah dapat. sejak dia kerja Maxis ni.. shift petang agak mencabar jugak.. sebab habis shift kompem pagi2... 1 pagi / 2pagi / 3 pagi. so bila kena dengan shift malam aku.. aku gundah da.. huhu. sebab anak2 kena anta dekat orang. dulu x decided dekat pengasuh nak anta malam. tapi bila asyik dapat malam je.. aku stress da.. aku xsuka serabut dengan jadual kerja.. aku suka bila tu jadual aku.. aku kerja je. sebab dah penat 1 tahun arrange shift. dan sekarang aku nak relax2 pulak..dan alhamdulillah pengasuh sudi jaga sampai husband habis shift.

sedih?? haaaa... sape xsedih bila anak2 kena tidur rumah orang lain sampai 2/3 pagi.. aku terpaksa redha je la.. doa semoga anak2 dilindungi semasa dekat jagaan pengasuh. aku yakin.. doa seorang ibu diperkenankan. nak berhenti kerja memang x.. sebab zaman sekarang mana boleh suami kerja sorang2. dan kita xtahu masa depan macam man. cuma perancangan aku.. aku nak cari kerja office hour. sebab kesian dekat anak2 bila mak ayah kerja shift. husband pulak cakap tunggu dia permanent.. nak mintak tukar dekat branch Maxis.. huhu. xpela.. setakat ni alhamdulillah dipermudahkan lagi. xpela anak2 da besar kang xyah g umah pengasuh da malam2. insyaAllah.... doa yang baik2 je la.....

p/s : doakan ayah cepat2 permanent.. sebab ayah kata bonus pertama dia nak belanja mama macam2.. hahaha.. 6 tahun da mama tunggu bonus ayah... hahaha. susah senang sama2 ye suami.. =p =p



0 comments: