Tuesday, January 26, 2016

Surah maryam...



 

masa nak dekat2 bersalinkan haziq.. pintu rahim doctor cek dah 2cm.. ingatkan bersalin hari isnin tu.. 8.12.2014. doctor pun cakap dah boleh balik kampung dah ni.. mungkin bersalin petang ni.. aku pun relax2 duduk dalam kereta..sambil usap2 perut cakap dengan baby jangan keluar selagi mama xsampai kampung ye.. xnak bersalin dekat sini mahal.. hihi.. dalam hati doa banyak2.. semoga Allah permudahkan..semoga sempat sampai kampung.. semoga semua dalam keadaan yang terkawal...xnak kelam kelibut.. xnak susahkan sape... xnak susahkan mak abah.. nak relax2 je.. amin....

sekali amek kau.. tunggu punya tunggu 8hb xde rasa sakit contraction pun.. so xpelah.. anak selesa kot duduk dalam tu.. lagi pun masa tu baru 36 minggu 6 hari.. xde lebih due.. xde kurang date due nya. sedang2 elok je. aku relax je.. mak yang nervous.. huhu. mak pelik.. kakak xde rasa apa2 ke?? aku cakap xde mak. so mak cakap.. kakak malam ni baca surah maryam.. doa semoga dipermudahkan. surah maryam bagus untuk ibu mengandung.. lepas tu mak suruh minum air kelapa.. nasib dekat kampung banyak buah kelapa.. adik aku yang lelaki la tolong kaitkan untuk kakak dia ni.. haha.. tq =)

aku ikut semua yang mak cakap. masa baca tu memang penuh penghayatan..lepas tu sambung baca yasin.. doa banyak2.. Ya Allah permudahkan lah untuk aku melahirkan anak ni..yakin dengan kekuasaan Allah. alhamdulillah.. xtahu kebetulan atau suratan.. malam tu baby dah start mengeras... esok pagi 10hb tu dah keluar tanda.. lendir campur darah. terima kasih mak abah dan suami atas semua doa2.. Allah permudahkan bersalin anak kedua... sakit pukul 10pagi.. pukul 3 petang dah keluar anak bertuah haziq iman tu.. huhu. mungkin anak ke2 kot.. haziq dah ada laluan.. kakak hana dah tolong bagi jalan dekat haziq.. hihi..

kesimpulan nya.. ingat dalam kita usaha.. kita sebagai hambanya... kena berdoa.. bertawakal.. letak kan harapan yang tinggi dengan kekuasaan Allah.. hanya Dia yang maha mengetahui. kita insan yang lemah. semoga anak ketiga dipermudahkan macam anak pertama dan kedua. dan yang paling bertuah... masa aku bersalinkan hana dan haziq ajaib sangat sebab aku sorang je patient dalam bilik bersalin tu. jadi semua staff dan doctor datang layan aku..so bersemangat la nak teran..teran dan teran... hihihi ... tu rezeki namanya..syukur.. alhamdulillah... =) =)




dah last2 minum air kepala... biar licin jalan baby nak keluar.. eh tu petua mak aku la.. korang2 up to you.. ikut la mana suka.. semoga kita semua selamat melahirkan zuriat ini ke dunia dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin.. berjuang la sehingga ke nafas yang terakhir.. =) =)


Surah-surah amalan untuk ibu mengandung




masa pregnant kan anak pertama. boleh dikatakan setiap hari amal kan surah2 ni.. ada masa cuba baca.. cuba baca dan baca... xlarat sambung esok.. sampai lah bersalin.. yelah masa tu xde apa2 benda nak buat..uruskan diri sendiri dan suami je.. masuk anak kedua.. ada yang cakap baik baca 1 al-quran lagi banyak fadhilat..lagi bagus kaji terjemahan sekali.. cuba khatam kan.. cuba juga.. tapi xberapa nak konsisten. huhu.. malas banyak sangat. masuk anak ketiga... jom la kita berubah kepada kebaikan.. insaf banyak2 sikit. suami pun ada jugak tegur.. masa pregnant kan hana mama rajin baca surah2 pilihan.. sekarang xde dah ke. ayoiii.. terus telan air liur.. alhamdulillah suami bagi signal... xpe untuk kebaikan bersama... demi isteri yang tersayang.. terima kasih =)

kita bertawakal.. selebihnya kita serahkan kepada Allah.. Allah dah tetapkan semuanya sejak azali lagi.. kita sebagai hambanya.. doa.. usaha dan tawakal sehebat2 nya.. insyaallah Allah permudahkan. bersalin ni bukan perkara main2. main dengan nyawa.. umpama.. masihkah ada ruang untuk aku bernafas selepas lahirkan anak ni. sakit tu xpayah cakap la.. tapi hebat... lepas je anak keluar.. eh lupa da sakit bersalin tadi macam mana.. sebab tu perempuan ni cakap je xnak bersalin dah.. tup2 tahun depan ada lagi.. hahaha.. =p =p kalau pregnant anak pertama boleh relax lagi sebab kita xtahu macam mana sakit contraction tu.. tapi kalau anak kedua.. anak ketiga.. emmm.. buat2 xtahu je la.. nanti kalau fikir darah naik pulak.. hoho. eh seronok apa mengandung ni.. macam2 Allah janjikan.. =) =)


copy dari blog ni : klik sini .. tq for info dan sharing

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...





Monday, January 25, 2016

Kenaikan Berat Badan Ibu Hamil yang Ideal


COPY DARI PAGE NI : KLIK.. TQ FOR INFO DAN SHARING =)

jom kita tengok BMI masa mengandung ni... berat aku 68.8KG dan tinggi aku 162cm ..


Bawah 18.5
Underweight
18.5 - 24.9
Normal
25.0 - 29.9
Overweight
30.0 keatas
Obese
                                                            






cara kira BMI :   BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)]2

                          aku punya BMI : 68.8KG / ( 1.62 X 1.62 = 2.6244 ) = 26.1 - overweight okey =) 
                       


body mass index


Setelah mengetahui berapa BMI Anda, gunakan panduan dari Institute of Medicine(IOM) untuk mengetahui total kenaikan berat badan ibu hamil yang ideal :

BMI di bawah 18.5

Angka ini menunjukan Anda underweight atau kekurangan berat badan. Kenaikan berat badan ideal selama hamil adalah 12 sampai 18 kg.

BMI antara 18.5 sampai 24.9

BMI ini adalah ideal, kenaikan berat badan yang baik adalah 11 sampai 16 kg. Pada trimester pertama, kenaikan berat badan ibu hamil sebaiknya 0,5 hingga 2,5 kg, setelah itu diikuti dengan kenaikan berat 0,5 kg per minggu.

BMI antara 25 sampai 29.9

Angka ini menunjukkan overweight. Kenaikan berat badan ibu hamil jangan terlalu banyak, idealnya 7 sampai 11 kg

BMI di atas 30

Angka ini menunjukan obesitas atau sangat overweight. Kenaikan berat badan ideal adalah 5 sampai 9 kg saja.
Contohnya, bila seorang ibu memiliki berat badan sebelum hamil 50 kg dengan tinggi badan 1,6 meter, maka BMI-nya adalah 50 / (1,6 x 1,6) = 19,5, maka total kenaikan berat badan ideal ibu hamil ini adalah 11 sampai 16 kg.

result air gula..


Image result for MGTT


21 january.2016 lepas kena datang lagi untuk check up. disebabkan HB xberapa nak cantik sangat so kena la datang setiap 2 minggu... aduh letih rasanya.. nasib baik lah kerja shift.. so jimat la cuti. xpelah demi kebaikan anak dan ibu.. aku rela je. tapi aku memang berpuas hati dengan servies dekat klinik kesihatan seksyen 19.. sekejap je semuanya. servies agak tip top... alhamdulillah.. tepuk tangan laju2. =) datang pukul 8.30 pagi dalam pukul 11 pagi da settle.. kira okey la.. xpe..sebab kerja hospital so aku faham semua prosedure.. lagi pun nak free je =)

masa jumpe nurse tu dah last2 terus tanya result minum air gula tu... yeaahhh bacaan okey.. sebelum minum air gula 4.1 mmol/L dan selepas 2 jam... 5.1 mmol/L .. rasa nak lompat pun ada..sekali nurse tanya kenapa ye awak kena minum air gula.. oh sebab mak ada kencing manis.. nurse tu dengan senyum2 terus cakap.. okey next check up kita minum lagi sekali ye... dalam hati terus down... ha?? okey nurse. next check up pun lagi 2 minggu sebab HB 10.5.. emmm bawah 11 lagi... bila la HB mama nak naik cantik ni. nurse kata kalau dah cantik baru kita jumpe 1 bulan sekali..

so azam start hari ni kena makan sayur banyak2...dengan harapan HB akan cantik atas bacaan 11. dan dalam 2 minggu ni kena jaga diet pemakanan supaya bacaan gula okey sahaja... owh.. berat hari tu turun dari 69.4kg kepada 68.8kg..  baru tahu.. ibu mengandung xboleh turun berat badan banyak2.. tapi kena naik berat badan secara selamat mengikut BMI iaitu ketinggian dan berat.. bagus mengandung ramai2 ni.. semakin banyak ilmu yang kita pelajari.. hihi.. boleh compare kan.. boleh search atau tanya yang pakar bila ada kekeliruan.. so bila da ada ilmu baru boleh senyum =)




nah bacaan gula dalam darah untuk ujian MGTT ( modified glucose tolerance) :


Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)




Wednesday, January 13, 2016

rambut baru kita!! tq ayah!!


pendek dah rambut dia.. ni ayah yang gunting.. duk tung tang dalam bilik air berdua... ni la hasil nya... ayah kata rambut abang da panjang. mama suh botak kan je. tapi ayah xnak.. dia kata gunting pendek je... baik ayah... alaaa... da hilang da rambut kerinting dia... baru ingat nak biar panjang pastu nak ikat... baru rock star cikit kan... hohoho.. !!!!

bila da gunting rambut dia... lagi active bebenor abang haziq ni... aduhai.... pening ngan dia... tapi nasib baik abang haziq pandai bawak diri.. tup2 diam je dia dah tidur sendiri. tq abang haziq sebab faham mama banyak kerja nak buat... nak kemas rumah... basuh baju.. update blog... eh... haha... xpe curi nasa untuk gembirakan diri sendiri dengan buat apa yang kita sangat suka.... 



hai abang haziq... tengok dahi tu... duk panjat sana sini... jap lagi... uwaaaa.... pastu okey sambung main lasak2 balik.  buat la abang oi... mama xkawal abang... biar abang explore cikit... bagi sel2 otak bergabung... tapi kat rumah orang behave ye.. nanti malu mama n ayah... huhu. bulan 4 insyaallah... sorang lagi hero akan keluar... oh... macam mana la ayah nak handle ye... good luck ayah.... hahaha..... ;) 

Tuesday, January 12, 2016

Baik mama...




semalam mama dan ayah off... kebetulan... jarang dapat off sama2. da okey je jadual untuk 1 minggu tu so decide la.. okey isnin ni kita off sama2. jom spend time sama2. kesian anak.. kejap mama keje.. kejap ayah keje... ayah pulak jarang sangat off hari ahad.. mama pun sama... tapi xpe... selagi jadual okey... aku xkesah pun kerja apa... kerja hari ahad pun okey je.. sebab husband pun kerja ahad... so cuti ke xcuti ke aku okey je mana2. sebab tu kalau nak suh double ahad kena bagi tau awal2... kang xpasal2 angkut anak sekali g kerja... haruuu la... :p 

borak2 dengan husband... petang nak bawak anak2 jalan. lepak2.. kemas rumah.. mop rumah... basuh baju... makan... baring2.. eh da pukul 5 la... janji pukul 5 nak mandi dan siap2.. sebab nak bawak anak2 main dekat taman lepas tu nak makan cendol tepi2 jalan tu...tekak mintak cendol pulak... layan kan je...alahai besttt nya cendol...!! sekali tup2 pukul 6 baru hegeh semua nak mandi. emmm... kul 6.30 petang jugak la keluar rumah... taman pun entah kemana.. huhu

singgah seksyen 19 nak beli barang dekat sana.. nasib ada rojak subang dekat citu... walaupun dah 6.30 petang tetap dapat minum cendol... kalau x... sentap la sorang situ.. tapi aku kejap je sentap... pastu lupa da... anggap je xde rezeki... senang... baru puas hati.. kan lama lagi nak bersalin... bila2 je boleh. tq husband... ingat saya nak apa kan... muaaahhh2 cikit. lepas tu tepi tu ada kedai... eh mama mainan la... aku pandang husband... "alamak habis la ayah" hana duk tunjuk2... mama banyak nya mainan....



aku ajak dia masuk... bukan main excited lagi muka dia... mama... tengok tu amber-robocarpoli.. mama boiboy la... mana dia tahu dia tunjuk... aku cakap... " kakak... kita tengok je tau... jangan pegang... nanti rosak mama kena bayar" ya Allah... dia faham apa aku cakap.. !!! hana... mama sayang hana.... mama bukan xnak beli... tapi mama da tengok banyak kali.... semua tu cuma bertahan beberapa hari je... sayang duit nak oiiii.... hahaha... maaf kan mama... hihi.. "kakak jom balik" ciaannn nya hampa muka dia....masuk keta terus dia cakap... mama nak g taman... 

alamak dia ingat la... emmm jam dah pukul 7.15 da... last2 ayah dia ajak g giant dekat rumah sebab dalam tu ada playground... tapi anak aku ni pemalu sikit... disebabkan ramai orang... dia xnak main... ada la 2 orang budak lelaki ni ganas sangat... terus dia lari ketakutan dekat aku... "mama kakak takut" alahai cian nya... tu la kawan dekat rumah abang haziq... mama ayah... tv.. handphone je... sabar la hana ye... nanti lama2 okey la tu... ;) ;)

nasib baik ada abang haziq... dapat la berkawan... alhamdulillah... rezeki dari Allah... rezeki bukan pada duit semata... rezeki anak2... rezeki kesihatan.. rezeki keluarga aman damai... rezeki ada kereta... rezeki anak2 yang berjaya... rezeki ada rumah sendiri....rezeki makan yang xpernah putus.... semua tu rezeki masing2.. bersyukur..... pasti hati tenang.... alhamdulillah.... ;) 

p/s : kakak nanti tolong mama ye ... "baik mama" tu je ayat kalau bagi nasihat...hana oh hana.. !
last2 husband cakap .. beli la magic egg rm2 je.. dan hari ni dah rosak... so. xde la mama terkilan.... tq kakak.... muuuaaah cikit...









Sunday, January 10, 2016

asam pedas paling simple



ni menu hari jumaat yang lepas.. ikan kembong asam pedas...ikan goreng... sayur campur simple.. alhamdulillah menjadi asam pedas... tiba2 tekak teringin sangat nak makan asam pedas... nak hirup2 kuah nya...

so terus search resepi kat google..  dan ni la yang paling mudah...

ikan kembung
cili kering 15 
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 ulas
daun kesom
bendi/terung bulat
asam jawa
bunga kantan- xletak sebab xmakan pun

wahhh... senang kan. cili kering rebus dulu... aku malas... aku rendam buang biji je.. huhu... so blend kan cili kering + bawang besar + bawang putih tu... blend lama2 sikit... biar hancur lebur semuanya...

pastu... letak minyak dalam kuali... masuk kan cili yang dah blend tadi... tumis sampai pecah minyak... sampai hilang bau cili kering tu.. lepas tu letak air suka hati... masuk kan perahan asam jawa... letak ikan... masuk kan segala sayur n duan kesom tadi... letak garam gula...

haaaa... tara.... siap... see simple kan... da boleh hidang dengan nasi panas2... terbaik... banyak dapat makan... xpayah pergi kedai... ;) 



Iberet folic oh iberet folic....



iberet folic tablet... selalu nya doctor nasihatkan suh amek bila hb kita low time pregnant.. dan untuk pesakit yang kekurangan darah... so disebabkan hari tu check up hb aku low.. cuma 9 sahaja... hancur lulur hati aku time tu... dan dinasihatkan ambil iberet folic tablet

so hari jumaat tu... dengan semangat yang tinggi dan harapan yang gitu supaya bila ambil iberet folic ni bertambah dan cantik la hb aku lagi 2 minggu nanti. ikutkan ubat2 vitamin yang lain masa mengandung aku ambil ok je.. xde la muntah ke.. xboleh telan ke atau apa... 

nak dijadikan cerita malam tu aku tidur sebab penat sangat. bangun2 teringat xmakan ubat lagi dan perut tengah lapar.. so aku jamah la nasi sikit. kenyang alhamdulillah. dah kenyang telan la semua ubat2 vitamin.. okey dah jom sambung tidur esok nak kerja... 



pukul 6 pagi bangun.. perut xselesa... rasa loya... nak muntah dengan sakit perut lagi... oh my... dugaan sangat. puas duk tahan2.. buat2 tidur sebab xnak muntah. last2 amek kau xboleh tahan... terus aku muntah.... habis la semua nasi yang aku makan semalam... 

lemah pening... loya... semua ada... aku kalau muntah masa mengandung muka bengkak dan kua bintik2 merah... nak hilang bintik2 tu amek masa 1 minggu jugak... sebab tu xsuka muntah time ngandung... adakah ini side effect kepada iberet folic..?? sebab aku makan ubat lain okey je.. xde la nuntah... steady je...

so malam ni nak try lagi.m xpe esok aku off ... kalau muntah jugak... sah la sebab ubat ni... boleh la aku stop dan mintak doctor tukar ubat lain. kalau xnuntah mungkin hari tu perut aku berangin... atau xde rezeki... nak bersihkan melalui muntah... positif2... ;)

aku ada baca... ada yang bagitau makan 2 jam selepas makan... jangan makan iberet folic tu betol2 lepas makan... so aku nak buat 2 cubaan... kalau malam ni aku makan esok muntah lagi... aku cuba pulak esok makan nasi dan tunggu 2 jam baru makan balik ubat tu..

oh macam ni jadi mak... demi anak sanggup berkorban perasaan.... telan jugak... gigih... tabah... semua demi pastikan anak cukup zat semasa dalam kandungan lagi. tetap cari yang terbaik. disamping tu untuk diri sendiri jugak... good luck ayu... !!!! hb cepat la naik... 21 hb nak check up lagi. mintak2 semua nya okey dan smooth sahaja...... :) 


Friday, January 8, 2016

minum air gula..



hari ni 7/1/2016.. pertama kali dalam sejarah mengandung kena minum air gula...bila anak da 3 dan umur da 27 tahun. oh my... macam nak lari jauh2. tapi nak buat macam mana kena hadap la jugak. mak ada kencing manis... masa ngandungkan hana n haziq mak xkena lagi.. so xde la kena. pastu xde bukak buku kat klinik 19. buka buku kat kpj je. 

pastu timbang kat klinik 19 ni.. lain la.. pakai timbang digital gak. bulan lepas berat aku 65kg.. bulan ni 68kg. kat kpj selangor.. berat aku 72kg da.. ok.. kita ikut klinik 19 je la.. nampak ringan lagi.. haha. berbalik kepada minum air gula tu.. masa bulan lepas nurse da bagi date. suh datang wat test gula n check up sekali.

dia kata masa nak test tu.. datang tepat jam 8 pagi jangan lambat. pastu kena start puasa dari pukul 10 malam jangan makan apa2... sampai la esok pagi still datang dalam keadaan puasa. alhamdulillah selamat tiba betol2 tepat jam 8 pagi.. fuhhh lega... ok diri masih lagi puasa... mind set nak kena kuat... kena kuat... walaupun perut tengah berkeroncong... huhu. 

1) pergi bilik ujian darah- amek darah lepas tu minum air gula berjemaah dengan ibu2 yang lain... sila minum laju2.. 
2) duduk luar... dalam 2 jam.. maknanya pukul 11 pagi masuk balik untuk amek darah..  dalam masa tu xboleh minum air.. xboleh makan. kumur2 je boleh.
3) kalau ada check up.. terus pergi makmal.. antar darah untuk cek hb semua.. lepas tu buat ujian air kencing... 
4) dapat buku merah tu.. masa untuk timbang...
5) duduk lepak... tunggu la nurse panggil.. jumpe nurse yang jaga kita..sampai bersalin.. 
6) ada masalah kena refer doctor lepas tu.. kalau xde boleh la balik tidur.. 

sementara tunggu nurse panggil.. tengok jam kalau da pukul 11 pagi g masuk bilik darah tu.. untuk amek darah selepas 2 jam. make sure dalam 2 jam xmuntah.. kalau muntah sila la serah diri untuk minum 1 gelas air gula balik.. wahhh best nya.. huhu.. pening. 

meh nak bagi tips:



1) malam pukul 10 tu start puasa jangan minum atau makan.. kalau lapar tido je.. buat2 xlayan..
2) datang pagi2. sebelum pukul 8 pagi lagi cun.. nanti 2 jam tu kejap je. 
3) masa da start minum air gula tu.. bawak bertenang.. mind set... cakap aku boleh... yeaahhh... pasti boleh...
4) minum dalam 2 teguk.. sekali teguk tu.. teguk laju dan banyak.. tahan sikit nafas
5) kalau boleh lepas habis minum tu.. bawak bertenang... relax je.. bila tengah tunggu 2 jam tu... jangan tunduk kan kepala.. kalau boleh postur badan tu tegak je.. tapi dalam keadaan yang relax... aku xkumur pun.. sebab takut muntah.. bila kumur tu kan kita tunduk.. kang xpasal2 keluar... xnak minum lagi.. huhu.

alhamdulillah... bagi aku okey je rasanya.. tengah2.. xde la best mana.. xde la teruk... minum memang laju.. haha.. nasib xmuntah.. cuma macam pening sikit la kepala.. lepas je da balik.. singgah kedai untuk makan. mampu minum air kosong je.. tengok air manis nak muntah pulak rasanya.. huhu... 

result lagi 2 minggu.. dan mendukacitakan.. hb aku 9 je.. so sad.. so 2 minggu lagi kena datang balik.. 21.1.2016...nurse kata maybe sebab puasa nak buat ujian air gula sebab tu hb rendah... tapi kena jaga2 jugak...   nurse suh jaga pemakanan.. makan la ikan bilis.. telur.. sayur hijau.. hati kerang... untuk bagi hb naik..  mintak2 ujian GDM tu okey n next 2 week.. hb pun naik... 

aku buat semua ni dekat klinik kesihatan seksyen 19 shah alam dan semua yang aku pergi layanan sangat baik... tq semua... ;) good servies... da macam swasta da... ;) ;) dari kaunter... bilik amek darah... makmal.. dan nurse... lagi happy sebab semua nya free... ok je tunggu 3 jam pun.. sebab aku pun keje hospital so faham la semua nya... 

disebabkan kena minum air gula... aku apply la cuti sebab nya takut xlarat nak kerja.. yelah perut kosong.. lepas tu minum air gula 1 gelas.. lepas tu amek darah 2 kali... dari pengsan bek cuti... balik dapat rehat.. ;) tq ayah cuti sama2 untuk teman mama check up... tq sangat2... alhamdulillah dipermudahkan urusan... 






Tuesday, January 5, 2016

6 bulan




hari ni check up dengan doctor... baby da 6 bulan. da scan 2 kali.. gender baby adalah boy... xkisah la mana2. janji baby sihat n mama sihat. berat baby da 837g . doctor nasihat suh jaga makan.. sebab mak ada kencing manis. lepas tu berat meriah sangat naik. takuttt...

masa haziq bila da 9 bulan last berat 75kg.. ni baby baru 6 bulan berat mama da 72kg. alahai boleh cecah ke 80kg ke?? seram nya.. macam mana nak turun ke 58kg balik ni?? masa dalam pantang kena betol2 ni. tapi nak diet sangat pun.. kang susu xbanyak pulak. huhu. 

yang lain2.. baby okey sahaja.. xde apa2. hari khamis check up dekat klinik 19 pulak. kali ni bukak buku merah.. sebab nak bersalin dekat kampung. emmm... kena minum air gula.. sebav mak ada kencing manis..  huhuhu... risau sangat2.. mintak2 okey je... amin.

due bulan 4.. mintak2 la baby kua dalam belas2 haribulan je. kalau 19 lagi cun. sama ngan kakak hana. xnak 20..xnak 21hb.. huhuhu... baby kua sama tarikh ngan kakak hana ye. baby kali ni active sangat. asyik tendang je.. habis la ayah nak jaga 2 anak lelaki... semput okey... !!! 


Monday, January 4, 2016

Cerita dulu2..




tahun 2016... dah masuk 10tahun dah usia perkenalan dengan husband. apa yang pasti kenal lah lama mana sebelum kawin.. lepas kawin belum tentu perangai masing2 senang nak faham. pelik tapi benar.. tapi xpe slow kita faham dengan redha nya.. huhu. bila dah kawin baru kenal eh.. kenapa kentut suka hati..  hoi xsenonoh okey. uweekkk nak muntah. kenal husband masa umur aku 17 tahun. masa tu tengah trial spm. aku baru 1 tahun dekat sekolah tu. memang xpernah nampak husband pun dekat sekolah. jodoh kot.. masa tengah susun meja dalam dewan exam tu.. tiba2 macam terpadang husband. sekali padang terus nak kenal. perigi cari timba.. haha. ciri2 lelaki idaman aku.. mesti kurus dan lagi tinggi dari aku. aku duk ukur2.. okey done.. tepati ciri idaman. kenal 1 minggu terus couple. 

18 tahun lepas spm aku sambung belajar dekat nilai. husband terus kerja. bagus cari pengalaman. aku ni memang buta dunia luar.. semua xtahu. sebab masa budak2 duduk terperap dalam rumah. mak xkasi keluar. masa ni xpayah cakap la.. sebab masih muda kan..asyik gadoh je.. couple lama sangat. kadang2 tu bosan.. kadang tu sayang.. kadang2 tu nak.. kadang2 tu xnak. pernah sampai 1 tahap bosan.. aku buang sim kad. konon nak lupakan semua la... last2 husband berjaya jejak num baru aku dekat mak. mak ai.. serius sangat ni. terus sambung balik. eh kejap nak.. kejap xnak. last2 masa tahun akhir dekat kolej.. mak cakap ada orang nak pinang.. ah masak.. xnak lah.. xsuka bercinta lepas kawin. kaya macam mana pun.. hati tetap setia kepada si dia.. haha... nak dia jugak.. xnak sape2 pun...

masa aku belajar husband banyak jugak tolong.. sebab dia kerjakan. macam nak kua date ke apa ke memang dia yang bayar. aku kan student mana ada duit poket. duit mak bagi pun cukup2 makan je. time kasih husband.. walaupun kadang2 awak xde duit sangat.. tapi tetap jugak belanja saya.. happykan hati saya. bila ada gaji banyak.. cakap je nak apa time tu.. semua awak bagi.. haha.. masa tu memang nampak dia sungguh2 dengan aku. hati memang berbunga habis la.. semua manis2 je... biasalah couple.. xduduk 1 rumah lagi.. xtidur 1 katil.. semua nampak indah..siang malam kalau boleh nak senyum memanjang.. =p kalau boleh nak berkepit 24 jam.. sms memang selalu.. call pun sama.. kadang2 tanya buat apa sampai 10 kali. huhu.. bosan kan..


habis belajar terus kerja... alhamdulillah.. rezeki. disebabkan dah ada orang nak pinang makwe dia ni.. mengelabahlah husband time tu.. terus ajak kawin. alahai masa tu umur baru 22 tahun awak oi. macam mana nak bagi tahu mak. last2 mak abah setuju. alhamdulillah. bertunang umur 22 tahun. masa tunang memang banyak jugak dugaan.. syaitan banyak.. suh putus2.. tapi jodoh.. tetap jugak bersatu. husband aku ni lambat marah. dia agak sabar jugak. tapi kalau dah marah.. okey sila diam. sebab takut. seram ok. lepastu nangis la sorang2. macam aku kurang sabar. cepat je marah.. hai sila lah jangan cari pasal. tapi sekejap je marah..lepastu okey dah. kita memang berbeza.. tapi bagus jugak.. kalau dua2 xsabar susah jugak kan. tq husband sebab banyak bersabar.

tahun 2012.. 2.6.2012... selamat menjadi isteri yang sah kepada mohd idzuan b rosly. waahhh happy nya kita kawin dengan orang yang kita sayang dan cinta. biasa la dugaan perkahwinan.. selagi cinta dihati semua nya bisa ditangani. insyaallah. 3 bulan lepas nikah aku mengandung anak yang pertama.. 19.5.2013 lahir la baby girl.. nur hana irdina bt mohd idzuan... sepuluh bulan lepas tu mengandung lagi... dan genap 9 bulan.. 10.12.2014.. baby boy pulak muncul dalam hidup.. huhu.. rezeki2.. dapat sepasang anak.. ingatkan nak tunggu dulu.. tunggu nanti2... tup2 lepas 8 bulan eh mengandung lagi.. bertambahlah ahli keluarga kami.. insyaallah.. due bulan 4... semoga anak ni sihat2 sahaja... lepas ni wajib jarak. sebab penat.. hoho. tunggu lagi 2 tahu kita produce balik!!

harapan cuma aku.. semoga keluarga ni akan kekal sampai jannah.. untuk husband... saya sayang awak.. cinta mati sangat dekat awak.. terima kasih sebab tolong sama2 jaga anak. kadang2 tolong jugak kemas rumah. bila saya OT.. awak tolong kemas rumah. walau xsama cara kita kemas.. jadi lah dari rumah tu bersepah sangat. terima kasih untuk semua nya.... nak tua2 sama2... nak tengok rambut sape beruban dulu.. haha. xpayah lah kurus sangat. saya xsuka. suka macam sekarang ni. kalau nak turunkan pun.. turunkan sikit je.. xpayah banyak2. nanti xde la teady bear nak peluk. gaduh baik.. gaduh baik..nak2 bila time pregnant.. hormon lari habis...  biasa lah tu kan. baru mencabar sikit hidup ni.!!!! 






Sunday, January 3, 2016

tahun baru.. 2016





tahun 2015 telah selamat melabuhkan tirai. emmm.. terlalu banyak kenangan pahit dan manis. biasalah kehidupan kadang2 kita happy.. kadang2 kita sedih. tapi percaya la..kalau kita pilih untuk bahagia.. kita tetap akan bahagia... kalau kita pilih untuk sedih... kita akan sentiasa sedih. jadi bila ada yang menyedihkan kita sendiri kena bangun untuk hari2 seterusnya. kenapa pilih jalan untuk bersedih disebabkan 1 perkara.. sedangkan masih ada 10 perkara lagi yang boleh buatkan kita gembira.. jadi marilah kita pilih untuk bahagia... yakin... kehidupan ini indah andai kita tahu menghargai dan bersyukur.

ujian itu untuk membuat kan kita lebih berfikir dekat mana silap kita. bukan terus lemah.. hilang arah. bangkit.. ujian tu Allah berikan sebab Dia sayang hambanya. mungkin kita dah lama lupakan Dia.. lupa perkara2 sunat. mengapa kita perlu bersedih.. berduka?? kemon kawan.. cermin diri sendiri dulu sebelum menunding jari kearah orang lain. mungkin disebabkan kita alpa... maka datang la ujian untuk kita sedar diri ini juga banyak kesilapan. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.. bahkan setiap ujian akan datang nya kebahagiaan yang sangat indah.. sungguh.. =) doa..usaha dan tawakal...

kalau hari ni bukan rezeki kita.. mungkin esok lusa akan ada rezeki yang lain. mana tau rezeki tu lagi banyak dan banyak.. redha. senang nak ungkapkan.. tapi jauh disudut hati mungkin ada rasa terkilan. xpe.. kita hanya merancang.. Allah dah tentukan setiap rezeki manusia ketika berusia 4 bulan didalam kadungan ibu kita. usaha kejalan yang lain untuk kita terus berusaha mencari rezeki. rezeki ada dekat mana2.. kena usaha lebih sikit. insyaallah... yang pasti rezeki anak2 memang sangat luar biasa.. =) selamat tinggal 2015..dan selamat datang 2016... dah 27 tahun sudah.......zzzzzzz....