Sunday, July 31, 2016

cabaran uruskan anak2..


Image result for kata hikmah tentang anak

kadang2 bila fizikal dan emosi penat.. seringkali kita juga penat nak melayan kerenah anak2. mana xpenat nya.. anak2 semua kecik2.. semua perlukan kita untuk buat semua benda. stress xpayah cakap. mula2 masa anak dah masuk 3.. kelam kabut jugak nak cari rentak. try n error.. dan sekarang dah 1 bulan lebih.. alhamdulillah dah boleh nak handle anak2. cuma kalau makan dekat luar tu masih sedikit gementar. sebab iffat ni lain macam sikit. kadang2 dia xnak direct feeding..kadang xnak botol. ikut suka tekak dia je mana dia nak. xpelah..layan kan je. 

jujur aku cakap.. mental dan emosi memang kena kuat. selalu aku sedapkan hati.. aku kuat sebab tu Allah berikan aku 3 anak2 yang tersangat.. terpaling aku sayang ni.tambah pulak anak2 aku jarak umur rapat2. hana dengan perangai macam tu. iman dengan perangai macam tu, iffat macam tu,, tapi aku bersyukur sebab anak2 selalu happykan hati aku. part paling best.. hana dah nak makan nasi.. so disebab kan dia dah nak makan.. aku akan masak walau penat macam mana pun. suka tengok dia makan.. dia suka sangat makan telur dengan ayam goreng. 

iman pulak masih minum susu.. sehari boleh cecah 7 x 8oz sehari dia minum susu.  bila suap makan ikut mood je dia nak makan. cuma sekarang ni aku bagi hana dan iman sebiji sorang telur rebus. seronok lain macam bila anak2 nak makan. alhamdulillah. iman baru 1 tahun 7 bulan masih perlukan perhatian.. iffat pulak baru 3 bulan ++ part ni kena pandai2 cari masa nak layan dua2 tu. iffat kalau dah bangun begitu fanatik dengar suara mak dia ni. bila dia bangun susah sikit nak buat kerja rumah. soa bila dia tidur kena buat kerja rumah laju2. 

time dia tidur kena cepat2 mandikan hana dan iman. buat susu iman.. kena cepat2 sapu sampah.. kemas apa yang patut. kalau sempat basuh kain dan sidai sekali. kalau dia da bangun aku terus mandikan dia.. selesakan dia.. bagi dia minum susu dalam botol.. 3oz... senang bila dah kenyang dia tidur balik.. dapat lah aku settlekan kerja rumah dan sediakan makan untuk hana dan aku. pendek kata... bila anak2 rapat macam ni.. buat kerja kena pantas. xboleh nak lepak2. bila semua kerja da siap.. aku pun ajak la anak2 baring.. kalau iffat terjaga ajak dia main sama2..

masa ni aku luangkan masa main2 dengan anak.. ajar dia sikit2.. nyanyi lagu didi & friend.. ha semua aku dah hafal tau. biasa la mak2 kan. ada rezeki dapat la tidur.. kalau xde rezeki xpe tetap redha jugak . petang tu.. kalau ada kain nak kena angkat.. aku angkat dan terus lipat. aku xsuka simpan2 kain. sebab nanti kedut2 kain tu kalau longgok bertimbun. not nice for me. sambil2 tu dalam pukul 5.30 petang.. bagi hana dan iman main dekat laman. sat lagi iman menangis.. kena dengan kakak. letak jap kain settle kan anak2. dah tenang sambung buat kerja.. jam pukul 6.10 petang bawak anak2 masuk... mandi.. lepas tu mandikan iffat pulak..

dah settle semua.. jom kita start masak.. sebab pukul 7 pm husband balik.. nak makan.  dah masak.. husband balik.. makan semua. malam kalau kerja nite duty.. pukul 8 pm siap2.. mandi solat semua. kalau off day relax lama sikit. main dengan anak2 lagi.. haaa.. ni kehidupan aku sebulan ni.. sebab husband kerja office hour kan. xmasuk shift lagi. tapi xpe dah dapat rentak nak handle anak2. insyaallah okey. kesimpulan nya.. kerja xboleh tangguh. baru la semua nya akan smooth.. dah malam... kita tidur.. tu kalau dapat. dah 3 anak... 2 anak sepahkan mainan... 1 lagi mata duk terkebil2. haaaaa.... apa2 pun aku happy

kalau aku stress aku selalu ingatkan diri... ramai pasangan yang masih ternanti2 kan kehadiran cahaya mata. jadi kenapa aku perlu keluh kesah melayan kerenah anak2. belajar untuk berikan perhatian yang lebih dan adil untuk setiap anak2. xpelah mama penat.. bila mama tengok anak2 mama gelak.. happy.. penat mama semua hilang. bahagianya hanya Allah yang tahu... "Allah ada... Dia telah aturkan semua ni. aku redha... " penat dekat tempat kerja dan penat dekat rumah.. bila kita redha.. pahala menanti.. belajar untuk lebih positif dan bersyukur.. =)

sebab apa??
aku sedar masa anak kecil ni akan berlalu dengan pantas
dan suatu hari nanti aku pasti merindui semua kenangan ini. 
aku xnak sia2 kan kenangan membesarkan anak2..
aku nak peluk cium diaorang hari2.. 
nak masak dan sediakan keselesaan untuk mereka
dengan sebaik2 kudrat yang aku ada. 
biar la aku penat.. letih..  semua ni kerana Allah..
hana irdina.. haziq iman.. hasif iffat..
setiap hari mama titipkan doa untuk kalian...
semoga Allah merahmati kehidupan mu anak2
lindungi dan pelihara sepanjang mama keluar berkerja..
sentiasa redha akan kamu sepertimana mama redha dengan mu..
sesungguhnya keredhaan Allah terletak diatas keredhaan mama..
berbahagialah anak2 mama dengan kehidupan mu...
mama tersangat sayangkan hana irdina
mama terlalu cintakan haziq iman
mama terlampau kasihkan hasif iffat...