Sunday, December 27, 2015

FLORAL MASK BY DIAN'Z





FLORAL MASK 2015 ORIGINAL



- LEBIH BESAR 
- STIKER DI PRINT TERUS DI ATAS BOTOL ( tidak boleh di koyak )
- WARNA LEBIH TERANG ( warna purple berry )
- PENUTUP BOTOL BERWARNA PURPLE
- HOLOGRAM BAHARU ! BERBENTUK BULAT ( tertulis dianpixy )

- NO KKM NOT140804207K


RM 40 TERMASUK POSTAGE!! 

RM 40 SEMENANJUNG
RM45 SABAH DAN SARAWAK

WHATSAPP 019-3972614 ( AYU) 


NANO LIGHTENER CREAM



TELAH DIUJI DAN DISAHKAN SELAMAT...OLEH 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

GUNAKAN TANPA RAGU2..

RASAI KESAN SEAWAL 7 HARI !!!! 




CREAM CERAHAN CELAHAN SEAWAL 7 HARI!! 

CUMA SAPU 2 KALI SEHARI!! BAHAN SEMULAJADI TANPA PARABEN, MERKURI, HYDROQUINONE... 

SELAMAT DIGUNAKAN UNTUK IBU MENGANDUNG, IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI.  




RM 35 UNTUK SEMENANJUNG
RM40 UNTUK SABAH DAN SARAWAK 

 BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI!! 

WHATSAPP 019-3972614 (AYU)



DIAN'Z VITAMIN C & E + EXTRA PEARL

PACKING BARU LEBIH MURAH.. LEBIH SENANG!! MALAH TELAH DITAMBAH  SERBUK MUTIARA 550 MG  KEDALAMNYA...  FUNGSI NYA UNTUK MENGGANDAKAN PROSES PENCERAHAN KULIT!! 



* 6650 MG SETIAP TABLET

* BERPERISA BERRY

* SEBOTOL 30 BIJI UNTUK SEBULAN

*I BIJI SEHARI SELEPAS MAKAN / 2 BIJI SEHARI UNTUK WHITENING BOOSTER





1000MG VITAMIN C BERASASKAN BERRY UNTUK MERAWAT PARUT/JERAWAT/JERAGAT

2000MG VITAMIN E BERASASKAN MAQUIBERRY UNTUK MELEMBABKAN KULIT

1000MG KOLAGEN BERASASKAN IKAN TALAPIA UNTUK KULIT LEBIH GEBU

2000MG GLUTATHIONE UNTUK MEMUTIHKANKULIT SELURUH BADAN

550MG SERBUK MUTIARA UNTUK MENGGANDAKAN PROSES PENCERAHAN KULIT

WHATSAPP 0193972614 (AYU) 
HARGA CUMA RM50 SAHAJA UNTUK SEMENANJUNG 
DAN RM55 UNTUK SABAH DAN SARAWAK..



Terima kasih mak!!





mak... sungguh agung kasih seorang insan yang bernama mak.. mengandungkan..melahirkan..dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. kadang kala diketepikan perasaan penat seharian demi melayan kerenah kita setiap waktu. xpernah sekelumit pun rasa bosan melayan kita. menangis.. mengamuk.. meraung... dengan sabar.. mak jua yang hadir menghulurkan kedua belah tangan untuk menyambut kita dalam dakapannya. magik..!! dengan sekelip mata kita kembali tenang. kasih nya tiada tandingan. 

mak... terima kasih sebab melahirkan orang kedunia ni. orang sayang mak. ikutkan hati setiap minggu nak balik kampung jumpe mak. tengok mak lama2. emmm... mak... bila tengok mak.. kadang kala orang xdapat nak tahan dari menitiskan air mata. mak yang dulunya kuat.. xpernah kenal erti penat. kini mak lemah.. perlukan bantuan untuk berjalan.. perlukan kerusi roda untuk bergerak. Allah... sungguh hebat dugaan mak. Allah bagi ujian untuk mak.. untuk mak rehat... rehat dari masak... rehat dari buat kerja2 rumah. rehat lah mak... alhamdullilah takdir Allah.. cantik... Allah kurniakan adik2 perempuan untuk menjaga mak seharian. 

qada dan qadar. beza adik num 5 dan num 6.. 9 tahun.. oh ini rupanya takdir Allah.. cantik dan tersusun. kami pergi mencari kehidupan sebagai insan di dunia.. dan adik2 tinggal untuk menjaga mak di saat ini. perempuan. bila di teliti.. sungguh sempurna adik2 jaga mak. walaupun baru berusia 15 tahun dan 14 tahun. Allah berikan tahap pembesaran yang baik untuk mereka jaga mak. Allah kurniakan kepandaian dalam diri adik num6 untuk belajar masak... masak yang sedap untuk mak makan. alhamdulillah. mak orang selalu harap.. supaya orang mampu gembirakan hati mak. sumpah nangis bila tengok mak tengah makan. 

tangan yang dulunya gagah dan kuat.. dakap orang untuk tidurkan... untuk susukan.. untuk mandikan.. untuk suapkan makan..malah dengan tangan itu juala mak cuci najis orang sewaktu kecil.... kini lemah.. tergetar2 mak nak masuk kan nasi ke dalam mulut mak. kadang2 tu tercicir jatuh ke baju mak. sungguh !! tersentuh melihat semua tu. takdir Allah siapa dapat halang. begitu la kita... kita jua akan tua.. melalui saat2 sebegitu. semoga mak tetap kuat dan tabah.. mak orang doakan mak cepat2 sihat dan boleh berjalan seperti biasa.. terima kasih mak untuk semua yang mak dah berikan... sayang mak ketat2. 


Saturday, December 26, 2015

Soft skills





hari ni dalam perjalan balik dari sabak bernam ke shah alam.. dapat belajar ilmu baru dari husband. "soft skills" wahhh.. dengar dia terangkan sangat berguna.. sebab aku punya kerja pun jumpe patient @ customer. nak2 bila dispense.. macam mana nak handle patient yang marah2. oh my.. kadang tu rasa stress... dah la kita banyak hal nak uruskan.. nak layan kan diaorang. tapi nak xnak kena jugak.. sebab dah kerja aku macam tu. nak2 kalau duty dispense.. kena banyak2 bersabar.. 

kalau dispense.. memang peluang nak kena marah dengan patient tu tinggi. tapi kita kena sabar.. kena terangkan betol2. sebab ko yang dispense kan.. ko kena la hadap sendiri. ko pekerja.. ko yang hadap. settle kasi habis. =) terus bangga bila dapat settle.. hahaha.. rasa macam eh aku kuli je pun tapi masih boleh settle hal ni.. =) husband aku punya kerja memang dah banyak jumpa macam2 keadaan. kadang tu seronok dengar pengalaman dia. macam2 dia jumpe orang...mak2 datin.. dato... tuan.. puan.. makcik..pakcik.




so dia terangkan lah macam mana nak handle customer yang tengah marah2. bila customer tengah marah2. kita kena guna kan soft skills.. dengan cara kita aplikasikan... pertama.. bila dia marah kita setuju dengan apa yang dia cakap dan adukan.. kita letakkan diri kita jugak berada di situasi dia. namun disamping itu kita kena tegakkan kebenaran dipihak kita.. kenapa semua tu terjadi.. dan yang terakhir kita bagi dia jalan penyelesaian.. supaya dia boleh bertenang. 

ha senang kan.. tapi nak tau senang ke x. sila la hadap sendiri.. perkataan TAPI xberapa sesuai digunakan bila customer dalam keadaan marah. sebab dia macam BAD WORD.. okey husband saya dah faham. lepas ni kalau ada patient yang mengamuk.. saya guna cara ni.. kalau xberjaya jugak kita belajar lagi sama2.. huhu. pengalaman yang buatkan kita faham.. bukan teori semata.. kalau teori hebat xguna jugak.. kena seimbang sama2. kerja sektor swasta.. servies kena tip top =) okey saya ikhlas berkerja... =) =) 



Thursday, December 24, 2015

suami dan isteri =)



dah masuk 3 tahun dah nikah. biasa la dalam perkahwinan banyak dugaan yang kena hadap. antara sabar dan x je. suami dan isteri masing2 ada tanggungjawab yang tersendiri. bila sama2 jalankan tanggungjawab masing2 barulah aman dan damai. 3 tahun ni macam baru je bagi aku. sebab masih lagi di fasa perkenalan dengan lebih dalam. hahaha. yelah walaupun couple 5 tahun belum tentu lagi kita kenal siapa pasangan kita dengan sebetulnya kan. so kenalah belajar dan faham dengan sendiri. 



sebagai seorang perempuan memang matlamat dan impian untuk menjadi isteri yang baik dan solehah untuk suami. xkiralah macam mana suami tu.. dah menjadi tanggungjawab untuk kita layan dia dengan baik. kalau nak suami kita ingat dekat kita.. kita sendiri kena mendekatkan diri dengan Allah.. perbaiki hubungan dengan Allah.. insyaallah hubungan kita dengan orang disekeliling juga akan baik. selebihnya kita tawakal je.. semoga semuanya baik2 sahaja.. 





Haziq turn 1

10.12.2015 yang lepas anak yang num 2 genap la 1 tahun. alahai sekejap je rasanya anak mama dah masuk 1 tahun. seronok tengok anak membesar dengan jaya nya. tengok gelagat anak2 membesar depan mata. hari2 bangun tengok muka anak memang indah. bila tengok lama2 lepas tu dia pun senyum balik dekat kita alahai cair hati. biasa la mak2 ni kan touching sikit.. mudah tersentuh. haha.. mama memang over anak2. eh mama haziq baru 1 tahun tapi mama dah mengandung 5 bulan. oh mama kenapa cepat sangat mama bagi abang haziq adik ni. anak lelaki memang manja sikit. nak2 kalau nak dapat adik. manja nya alahai kadang2 kesian.. kadang2 geram pun ada.. 

bayangkan nak bergerak jauh sikit dari mata dia pun dia boleh melalak bagai nak rak. nak naik atas nak letak kain yang dah siap lipat pun menangis selak. huuuu stress mak nak!! terpaksa la buat kerja laju2 supaya cepat2 dapat tunjuk kan balik diri depan dia. haziq oh haziq.. manja nya dia. kadang tu nak mandi pun susah.. dia tolak pintu bilik air tu kuat2. nak mandi pun xsenang. nak sabun semua kena laju2. nak mandi puas2 bila ayah dia ada je. tolong jagakan abang haziq. time tu baru lah boleh nak mandi betol2. biasalah semua mak akan rasa macam tu.. kena pandai kawal persaan je. anak2 kan nak manja2 dengan kita. dah kita mak bapak dia.. hohoho.. =) 

tapi haziq bukan dengan aku je dia macam tu.. dengan ayah dia pun sama jugak. dia memang macam tu. mungkin sebab dia membesar dengan mama ayah.. dan kakak hana je kot. so dengan orang2 lain ni dia janggal sikit. nak masuk line tu lambat sikit. kena amek masa. pergi la dekat mana2.. pantang letak terus melalak bagai nak rak. alahai... kadang2 tu geram sangat. nak buat kerja pun susah. rumah opah pun macam tu. rumah nenek dia pun macam tu. tapi aku seronok jugak sebab dapat dukung dia main2 dengan dia. kalau dekat rumah.. muka mama pun dia tak kesah. dia nak main je kerjanya. tapi kalau hilang je la dia kesah. aippp.. biasa dia ni.. nak kena gigit ni.. !!

untuk anak mama.. muhammad haziq iman bin mohd idzuan. mama sayang haziq. mama doakan haziq sentiasa sihat dan membesar bagaikan juara. yeaahh tahun depan haziq ada kawan. adik haziq lelaki tau sayang. kakak la kesian sebab dia xde kawan. xpe lagi 2 tahun mama dan ayah pastikan kakak akan ada kawan. lepas tu kita stop produce anak ye. hahaha. kita tumpukan jaga diri sendiri.. kita besarkan anak2 je. tapi kalau nak lagi pun sebelum umur mama 35 tahun lah ye. sebab lepas umur 35 tahun mama dah pecen nak ngandung. mama dah xlarat anak2... sekian... =) =) 


Thursday, December 17, 2015

Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?


copy dari blog akuislam.com .. semoga bermanfaat 
Artikel yang pernah seorang rakan sekerja saya kongsikan melalui emel. Semoga manfaat kepada kita yang bergelar pekerja.. :)
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior.
Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara.
Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.
Sungguh, dia kecewa sekali.
Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, 
“kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. 
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing.
Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. 
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum.
Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” 
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum.
Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. 
Hampir berbisik. “Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalumisteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. 
Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. 
Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. 
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. 
Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” 
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ 
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.
Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” 
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

Keikhlasan Dipersiakan

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi.
Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” 
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” 
“Maksud encik?” 
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera.
Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” 
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum. 
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. 
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. 
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.” 
“Kenapa?” 
“Kita akan sakit jiwa!” 
“Kenapa?” 
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…” 
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya.
Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
SEMOGA BERMANFAAT: 
PELANGI MENTARI

Pentas kehidupan


tertarik dengan kata2 ni.. alhamdulillah.. =) =) tq for sharing 

membandingkan hidup

Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah

Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan.
Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.
“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ]
Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.
Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Allah itu Maha Adil.
Kita semua istimewa dipandanganNya. 

Wednesday, December 16, 2015

Pati delima untuk kesihatan


bila dah pregnant anak ke3 ni.. hati mula nak mencuba amalkan pati delima. so ajak la husband pergi kedai yang jual2 semua tu. kedai arab. beli dekat seksyen 19. sebelah speedmart 99. masuk2 pusing2 tengok apa lagi yang best. last2 memang pati delima je yang aku beli. hampir 2 minggu dah amalkan.. harga cuma rm10 sahaja. xingat brand apa.. aku amek yang paling murah sebab nya nak try dulu. tengok tekak boleh terima atau x. dan alhamdulillah berjaya telan dengan jayanya.. semua demi anak dan diri sendiri.. =) 

copy from : klik cini ... tq for sharing 


wah.. niat asal nak amalkan untuk anak dalam perut.. xsangka pati delima ni banyak jugak khasiatnya. terus rasa macam nak amalkan sampai 9 bulan. disamping untuk anak bagus untuk diri sendiri. harga rm10 je. satu botol tu tahan dalam sebulan. aku ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. guna sudu plastik. jom kita amalkan pati delima ni..bagus untuk kesihatan.. =) 

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan ‘morning sickness’menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
copy from : klik cini... tq for sharing