Monday, May 18, 2015

Botol susu brand FIFY akhirnya =)





boleh dikatakan hampir setiap hari entry pasal  botol susu untuk bayi ni ramai yang search. bila aku geledah2 balik.. rasa macam banyak je yang aku try untuk anak perempuan aku. ye dulu hana irdina budak kecik yang sangat cerewet. bagi macam2 jenis botol susu semua nya dia reject. tapi aku tetap jugak cari solution untuk dia. masa dia kecik2 gaji ayah dia best..sebab ada komisyen kan. so nak melabur apa2 dekat si hana ni memang xkisah. sekarang bila anak dah 2 kena fikir 40 kali nak beli yang mahal2.. hihi.

bila baca balik.. sebenarnya anak aku da xguna dah semua botol tu. botol2 tu pun aku da bagi orang. sekarang ni hana guna botol susu jenama FIFY je. huhu. kisahnya begini.. malam tu keluar dengan husband dan anak. masa tu hana umur 1 tahun 2 bulan macam tu rasanya. ingatkan nak dekat2 je lah.. sebab nya memang saja2 je nak keluar amek angin. last2 terlajak pergi ke KL nun. tup2 hana mengamuk nak susu. ah sudah.. mama memang xbawak apa2 pun ni hana.. susu ke botol ke.. stress kejap...

last2 singgah tesco pergi dekat tempat susu. nak tarik botol brand AVENT yang kuning tu. sebab puting nya soft. tapi husband cakap emm agak mahal tu.. kalau dia reject sayang pulak. duit tu boleh buat isi minyak. last2 duduk dekat 1/2 jam.. belek punya belek... capai lah botol brand FIFY.. sebab harganya rm9.90 masa tu. sekarang da rm13.90. duk berdebar2 eh hana nak la.. suka pulak dia minum guna botol tu. botol tu gemuk dan puting nya besar. selesa kot untuk dia minum guna botol tu. alhamdulillah..

so bila nak tukar botol lain dia pun xnak... xnak membazir cuba macam2 botol teruslah kekal dengan botol tu. lecehnya botol ni cepat kotor. disebabkan tu jugak setiap bulan beli baru. xpe sebab murahkan. puting pun cepat kotor. ada jugak nak try dia botol lain... tapi risau kalau dia xnak. sebab dia ni cerewet. kalau lalu tempat botol susu.. dia tahu botol dia yang mana. sekarang malas dah nak tukar botol. janji dia selesa dan suka mama pun happy. kalau nak tukar pun kena cari puting yang besar untuk dia...



0 comments: